Meniti Perjalanan
April 22, 2009
aktiviti harian seperti pergi memburu binatang dihutan sering menjadi pilihan golongan muda dan golongan umur pertengahan untuk mengisi masa lapang dan menjadi kerja harian mereka di rumah panjang.
lebih – lebih lagi sekiranya mereka mendapat hasil tangkapan, hasil tangkapan ini akan dijual kepada penduduk kampung atau akan dijual di kem balak serta dijual di Pekan Belaga. Ianya adalah antara sumber rezeki penduduk disini.
gambar ini diambil semasa musim mencabut rumput atau ‘mavau’ dalam bahasa kejaman. biasanya penduduk rumah panjang akan bergotong royong ketika ini.
kepuasan terserlah di wajah bila mendapat hasil tangkapan yang besar. hasil tangkapan ialah seekor ikan Labang atau “Calara’eng” dalam bahasa Kejaman.
Gambar ini saya ambil ketika kami sedang mengangkut padi dari ladang padi ke tempat kami meletak kereta. perjalanan yang kami lalui mengambil masa hampir 40 minit berjalan kaki untuk sampai ke tempat letak kereta di tepi jalan raya.
saya bangga menjadi orang kejaman, dilahirkan dan hidup dengan cara orang kejaman.
gambar ini saya ambil di tepi sungai rejang, ketika kami hendak berangkat dari rumah panjang Long Segaham ke Long Mejawah untuk pergi menggangkut padi di ladang padi atau Huma.
gambar kenangan ketika pulang bercuti di rumah panjang, selepas menaiki perahu lebih kurang setengah jam, penduduk rumah panjang mengunakan kenderaan pacuan 4 roda untuk bergerak dari Majawah ke tempat menanam padi.
Seandainya ada rezeki, pasti anda akan dapat melihat dan memegang ikan yang besar seperti ini.
Ini antara rentetan perjalanan yang sempat saya tunjukkan disini, jika ada kesempatan berjumpa lagi kita di lain hari. sekian terima kasih.









May 24, 2009 at 8:29 am
What an interesting journey. We are doing a shoot in Sarawak on cultural, art and lifestyle. Please drop me you contact details. Would like to be in touch with u.
Thanks,
linda aziz
July 14, 2009 at 7:03 am
adak lan jen inan kih.
October 25, 2009 at 10:43 am
Manah amat blog tu. Harapan saya agar blog ini dapat memberi lebih banyak informasi, terutamanya tentang sejarah orang Kejaman.