Batu Tului

April 22, 2009

Cerita disabilik batu – batu yang bulat, cerita ini sebenarnya saya prolehi dari cerita – cerita orang tua – tua di rumah panjang saya. salah satu daripada mereka adalah Ake Sio (Ake Alep). Seperti yang mereka katakan batu – batu yang bulat seperti dalam gambar dibawah mempunyai kuasa yang luar biasa.

Photobucket

Gambar diatas adalah gambar Batu Tului, orang Kejaman pada masa dahulu percaya bahawa batu bulat seperti ini mempunyai kuasa yang tersembunyi. Daripada cerita orang tua yang saya temubual mereka berpendapat bahawa Batu Tului ini mempunyai kuasa seperti boleh menyebabkan air pasang dengan cepat atau serta merta. Pada zaman dahulu sekiranya kawasan rumah panjang kami dilanda kemarau yang berpanjangan. Maka alternatif terakhir orang kejaman dahulu adalah merendamkan batu tersebut ke dalam air sungai di kawasan yang dilanda kemarau. sebaik sahaja batu tersebut direndam, nescaya selepas beberapa ketika hujan lebat akan melanda dan tidak behenti sehingga air sungai tersebut pasang. kejadian ini akan menyebabkan banjir besar yang berpanjangan. Sebab itu orang Kejaman dulu – dulu tidak akan sembarangan merendam batu tersebut ke dalam sungai selagi keadaan kamarau tidak menganggu kehidupan seharian mereka, kerana mereka juga percaya bahawa banjir yang disebabkan oleh batu tersebut akan mendatangkan kesukaran terhadap aktiviti harian mereka.

Batu – batu seperti ini dapat anda lihat dihadapan rumah Tuai Rumah kami. Suatu ketika dahulu jumlah batu Tului ini sebenarnya banyak dan kebanyakkan batu tersebut hilang atau tercicir semasa penduduk kampung berpindah dan mendirikan rumah panjang baru. Sekurang – kurangnya dengan mempamerkan Batu Tului ini dapat menyimpan cerita dan kisah ini untuk diperdengarkan kepada anak cucu kita nanti. Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat didalam mempertahankan kisah dan cerita bangsa kita, khasnya cerita bangsa Kejaman.

Photobucket

gambar atas ialah Ake Sio, antara orang Kejaman yang banyak menceritakan sejarah rumah panjang Kejaman Long Segaham dengan penulis.

Photobucket

gambar di atas diambil semasa saya menemubual Ake Sio, pemuda disebelahnya ialah kawan baik saya yang sentiasa bersama saya untuk bertanya dan mengupas tentang kisah dan cerita orang kejaman masa dahulu kala.

2 Responses to “Batu Tului”

  1. Muhd Yusuf Says:

    Minta hubungi saya (muhd Yusuf) di Berita Harian Sdn Bhd Kuala Lumpur, saya ingin mendapat maklumat lanjut mengenai etnik kajang/kejaman. tel 0192268980. terima kasih


Leave a Reply