Perkahwinan Ala Tradisional

Gambar diatas diambil semasa perkahwinan Petrus dan isterinya. kedua pasangan pengantin bergaya sekali dengan memakai pakaian tradisional masyarakat Kejaman.

Kebiasaannya kedua pengantin akan dibawah berjalan mengelilingi rumah panjang terlebih dahulu. sebelum itu pengantin lelaki akan menjemput pengantin perempuan dan selepas itu rombongan pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan ke pelamin.

kebiasaannya seorang lelaki akan mengetuai rombongan tersebut, sambil bergerak lelaki tersebut mempersembahkan tarian ngajat.

orang ramai akan mengiring pengantin sambil memalu “tawak” (gong) dan memainkan irama sape.

barisan ibu – ibu tidak ketinggalan mengiringi rombongan pengantin.

majlis perkahwinan masyarakat kejaman tidak dapat dipisahkan dari bunyi palukan gong (“tawak” dan “gan”).

selepas majlis persandingan biasanya pasangan pengantin akan “menju” minuman keras kepada para tetamu yang hadir.