Hiasan Bilik Rumah Panjang
April 22, 2009
Gambar – gambar dibawah ini saya ambil di Rumah Kejaman Long Segaham Belaga, Ini antara hiasan bilik yang terdapat di rumah panjang kami. memandangkan masa cuti yang singkat saya hanya sempat mengambil gambar dibeberapa buah bilik sahaja. Sebenarnya banyak lagi keunikan hiasan yang belum sempat saya ambil ketika itu.
gambar diatas adalah hiasan atau peralatan dari logam tembaga, biasanya peralatan atau barang – barang seperti ini digunakan untuk menyimpan rokok tembakau dan juga untuk menyimpan bekalan sireh.
kalau kita lihat gambar diatas terdapat bermacam – macam jenis barang – barang yang diperbuat daripada logam tembaga. ia antara koleksi barang – barang yang sempat saya gambar untuk dipersembahkan disini.
gambar diatas pula adalah gambar perbagai jenis gong dan ‘tawak’. biasanya orang Kejaman suka menyimpan barang – barang seperti ini. pada suatu ketika dahulu orang Kejaman yang banyak memiliki barang – barang seperti ini dianggap berharta dan kaya.
kalau kita tengok gambar diatas adalah gambar pasu bunga, ia adalah hasil gabungan gaya seni modern dan tradisional, bunga yang dihiasi dengan kraftangan manik, gambar ini saya ambil di rumah En. Jani dan isterinya di Belaga.
perbagai hiasan yang diperbuat daripada manik, daun ‘cang’ dan kayu. hiasan – hiasan seperti ini biasanya ditemui di dinding – dinding di Rh Panjang Kejaman Long Segaham Belaga.
barang – barang logam tembaga yang mempunyai saiz yang berbeza disusun sedemikian rupa untuk membentuk satu hiasan yang menarik.
Gambar dibahagian ruang tamu.
hiasan di sudut rumah, hiasan kraftangan diatas diletak di atas rak almari.
antara gambar yang menunjukkan pakaian tradisional orang ulu. mengikut gaya dan bentuk yang tersendiri.
gambar di atas adalah manik yang disusun indah coraknya mengikuti ukiran tradisional orang ulu, hiasan ini diletakkan diatas meja atau alas meja.
kalau kita lihat gambar diatas, ruangan tamu bilik dipenuhi oleh hiasan – hiasan bercorak tradisional, bahagian dinding, tiang rumah, hiasan meja dan almari serta ruangan rumah ini di penuhi oleh hiasan dan kraftangan gaya tradisional.
suasana rumah seperti ini akan dapat memberi gambaran bahawa orang kita masih lagi gigih memperjuangankan identiti bangsa kita, kesedaran seperti ini sebenarnya dapat mempertahankan khazanah – khazanah bangsa yang semakin dilupai oleh sesetengah golongan muda masa kita. dengan melihat rekacipta dan kraftangan seperti ini dapat menarik dan melahirkan minat golongan muda untuk pertahankan identiti bangsa masing – masing.
dalam mempertahankan identiti bangsa kita sendiri kita juga tidak seharusnya lupa kepada pencipta kita, kerana dia kita berada disini, entah esok dan lusa akan kembali kepadanya. keagungan dan kebesaran tuhan membolahkan kita melihat hasil ciptaan yang seindah ini. Jangan Lupa akan Pencipta.













October 19, 2009 at 1:28 pm
cai puun gaben inan yau????
November 15, 2009 at 8:01 am
levau nau ajuk abah nai? kat belaga ke? cantik lah… u-cle aging, akek igu kirim salam… llllllllleeeeeeeessssssss… lesly da lady gaga..
November 22, 2009 at 9:37 am
Akau alan gaben levau lama tah….tahun 1990