Kerit : kerit berkaitan dengan hiasan yang diperbuat daripada batang – batang buluh yang dihias cantik mengikut kreativiti orang yang menyiapkannya. sebenarnya banyak jenis kerit yang dibuat mengikut fungsi dan kegunaannya untuk majlis – majlis tertentu dan upacara – upacara yang hendak dijalankan. perkataan kerit dari bahasa kejaman, saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya nama kerit disebut dalam bahasa melayu atau dalam bahasa lain.
“Kerit” biasanya dibuat untuk menyambut kehadiran tetamu yang datang ke rumah panjang kami. ia diperbuat daripada batang – batang buluh dan dihias indah dengan seni yang tersendiri. biasanya “kerit” dibuat semasa majlis perkahwinan untuk menyambut kehadiran pengantin dan rombongannya dari rumah panjang yang berlainan dan untuk menyambut kehadiran orang terhormat yang datang melawat ke rumah panjang kami. “kerit” diwarisi dari turun temurun dari nenekĀ moyang dahulu dan masih diteruskan sehingga ke hari ini.
saya akan serta kan beberapa buah gambar berkenaan dengan “kerit” dan cara – cara menyiapkannya.

buluh – buluh yang telah dipotong dibawa atau diangkut ke perahu.

antara penduduk yang terlibat mengangkut dan mengambil buluh di hutan. (Jok & Saung)

mengangkut buluh – buluh ke tebing sungai untuk dibawa mengunakan perahu.

memotong buluh untuk dibawa balik

gambar: Ake Asang sedang memotong buluh mengikut saiz yang sesuai.

gambar: Nyipa dan Aman Sigi sedang mengambil dan memotong buluh.

buluh – buluh yang telah dipotong dibawa balik dengan mengunakan perahu.

buluh – buluh telah diangkat naik ke tebing dan disusun di sepanjang untuk memudahkan penduduk menyiapkan kerit.

seterusnya penduduk kampung bergotong royong memasang atau membuat kerit di sepanjang jalan yang akan digunakan oleh rombongan yang akan datang melawat.

kesempatan ini juga diambil untuk mengambil rebung buluh.

penduduk – penduduk bergotong royong menyiapkan kerit.

Ake Mujan, antara orang yang mahir dalam membuat kerit.

gambar: Aman Lusa menyiapkan kerit

Kerit yang telah siap dibuat di sepanjang jalan naik menuju ke rumah panjang dan dihiasi dengan bendera negari dan jalur gemilang.

Aman Lusa begitu teliti dalam menyiapkan kerit.

kerit yang telah dibuat dengan nilai seni yang tersendiri, bukan senang sebenarnya menyiapkan kerit kerana ianya memerlukan kemahiran dan pisau yang sesuai dan tajam.

