hidup oh hidup
September 14, 2006
Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada sebab, punca, masalah, dan cara mengatasinya. sama ada anda suka atau tidak dengan HIDUP anda, anda harus HIDUP untuknya, kerana anda diciptakan untuk HIDUP didalamnya. mengapa kita sering menyalahkan takdir bila HIDUP kita dilanda ribut taufan. mengapa tidak kita atasinya untuk HIDUP yang akan datang. mengapa kita sering lari dari masalah yang kita sendiri timbulkan di dalam HIDUP? sedarkah anda, kadang-kala anda akan rasa HIDUP tidak adil untuk anda, tapi pernahkah anda bertanya pada diri sendiri, adilkah diri anda untuk HIDUP. pernahkah anda adil pada hidup anda?
kadang-kala kita akan rasa diri ini begitu malang, tapi pernahkah anda fikir HIDUP anda lebih malang dari diri anda? anda HIDUP untuk diri anda, bila anda salah langkah di peringkat HIDUP, anda akan lebih sesat di peringkat diri, itu membuatkan anda sukar menerima diri anda dari segi kesilapan di peringkat HIDUP. tak usah anda memeningkan diri anda, kerana saya percaya HIDUP anda lebih memeningkan. ingat! kita HIDUP untuk diri sendiri. tapi kita HIDUP di sekitar masyarakat.
Allah menciptakan umatnya yang berbagai hati, kita tidak dapat meneka setiap hati, kita tidak dapat membaca HIDUP setiap manusia. jadi untuk itu, anda harus pandai menyesuaikan diri anda dengan HIDUP. bayangkan, diri anda tanpa HIDUP, saya pasti anda tentu kini keliru dengan ayat ini, tapi biarkan lah anda keliru.. hahahaha kakkakaka..
Pesanan Untuk Wanita
July 20, 2006
Seperti yang diemailkan oleh seorang kawan, Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Sambil mencuci mata, melihat panorama pagi… sigadis, siteruna, silelaki dan siwanita, dengan berbagai gaya ketempat kerja.Tiba-tiba, terkejut gilerrrrr saya apabila ternampak kereta ronda polis, berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang anggota polis datang ke arah saya.
“Selamat Pagi, Cik Kak..”
“Errr selamat pagi”..jawab saya, dengan nada yang terkejut.
Tahu yang saya nampak panik, anggota polis tu terus tersenyum..sambil berkata:
” Selalu keofis, memandu sorang diri ke..?”
“Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?”
Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma…macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas.
Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar “mereka” susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih.
Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik.
“Terima Kasih encik..” jawab saya, bertambah-tambah pucat.
Errrrrrrr…. betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma. Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm… nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.
Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!! Kepada semua pemandu wanita, JAGA DIRI!!
Sumber dari internet
Semalam & Hari Ini
June 21, 2006
hi… apa khabar hari ini? Disini aku nak kongsikan cerita tentang cuti semesta January 2006 lepas.. percutian itu sebenarnya bukan lah sesuatu yang perlu untuk dikongsikan bersama, tetapi memandangkan aku tak ada kerja hari ini dan rasa bosan dah mula timbul dalam diri memaksa aku juga untuk menekan keyboard computer ini.. kisah percutian ini sebenarnya banyak ku habiskan dengan membantu ahli keluarga dan saudara mara terutama sekali dalam membina semula rumah panjang baru kami..
![]()
Gambar bersama anak buah dan sepupu, kisah percutian ini bermula pada 16.05.2006 apabila aku dan kawan aku sama-sama menaiki bas untuk balik ke destinasi masing-masing. dia berhenti di Sri Aman dan aku pula berhenti di terminal bas Sibu.. aku pendek kan saja cerita lah, sebab kalau aku tulis semua nya memerlukan masa yang agak lama juga.. seperti biasa ku suka cerita sesebuah kisah itu bersertakan gambar-gambar yang aku ambil dengan mengunakan mobilephone ku…
![]()
Gambar ini aku ambil kat bandar sibu… ini lah rupa bandar sibu 2006. lama betul tak singgah kat bandar sibu, sudah banyak sangat perubahan yang berlaku.. aku tinggal dirumah makcik aku ketika bertandang ke sini. Disinilah kebiasaan aku bermalam kalau singgah kat Sibu.
![]()
![]()
![]()
Gambar atas ini ialah gambar yang aku ambil semasa mengharung jeram peragus. jeram peragus adalah sebuah jeram yang harus dilalui oleh penumpang boat ekspress yang nak ke belaga dari kapit atau sebaliknya, jeram ini telah banyak meragut nyawa manusia.
![]()
Gambar atas menunjukksn pakcik aku sedang menyemen, sekarang ini semua penduduk rumah panjang tengah sibuk membina rumah panjang baru mereka. semasa balik bercuti tempoh hari kebanyakkan masa aku dihabiskan dengan membantu keluarga membuat kerja seperti menyemen, angkut batu, angkut pasir, angkut getah dari ladang getah datuk, serta ulang alik dari belaga ke kampung untuk membeli dan mengangkut alatan rumah.
![]()
Gambar atas, beberapa orang sedang memasukkan hasil tangkapan mereka ke dalam guni. penduduk disepanjang persisiran sungai rejang bergantung dengan tangkapan ikan sebagai makanan mereka. jadi jarang sekali mereka membeli lauk dipasar.
![]()
Gambar atas adalah antara rumah panjang yang sempat aku gambar ketika mengharungi sungai rejang. dalam perjalanan dari sibu ke bakun anda akan menemui / melihat banyak rumah panjang dengan rekabentuk yang berlainan. pergi sendiri baru tahu :p
aku kembali semula ke kuching pada 10.06.2006, percutian yang memuaskan. banyak benda yang telah aku pelajari dari percutian ini… dan banyak benda juga yang harus aku pelajari.. pengalaman mematangkan fikiran.. huh!!!! itulah yang semestinya kita lalui, dalam meniti hari banyak sangat benda yang kita kena hadapi sama secara sukarela atau terpaksa, semalam akan menjadi kenangan yang sentiasa menjadi ingatan. semalam banyak mengajar kita untuk terus mengatur langkah dalam menghadapi hari – hari yang mendatang. tanpa semalam hari ini tak akan tiba, kebahagian dan kepedihan yang kita rasai hari ini adakalanya disebabkan perlakuan kita semalam, corak hidup kita hari ini ditentukan oleh semalam. apa yang pasti untuk mendapat kesenangan dan kebahagian untuk hari esok kita terpaksa berjuang berlandaskan semalam dan hari ini… fikir-fikirkan?
Semalam Telah Menjadi Kenangan, Hari Ini Kenyataan… Esok Adalah Impian…
Baca dulu baru tahu…
June 12, 2006
saya rasa petikan ini boleh membuatkan kita berfikir sejenak tentang akan asal usul kita dan orang kita. anda kena baca petikan ini dahulu.. baca jangan tak baca..
Petikan ini dipetik dari LASAN PUNAN, punan community forum (lasan.punan.net/forum)
Pengenalan Kalau kita perhatikan setiap kali menjelang pilihanraya maka tatkala itulah munculnya kaum "Kajang". Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Kajang? Siapakah yang digelar Kajang. Persoalan ini sebenarnya telah dibincang oleh banyak sarjana dan pengkaji budaya. Antara sarjana yang kerap membincangkan perihal Kajang adalah seperti Prof. Jerome Rousseau, Ida Nicolaisen, Tom Harrisson dan banyak lagi.
Tom Harrisson beranggapan Kajang tidak penting dan ia tidak begitu signifikan (1954), manakala Ida Nicolaisen (1976) tertarik dengan Kajang kerana beliau melihat Kajang sebagai titik permulaan wujud kesedaran politik di kalangan laja Punan ketika itu terutamanya subjek kajian beliau iaitu Kupa Kanyan. Jerome Rousseau (1990) pula banyak mengaitkan isu Kajang dengan perasaan rendah diri kaum Punan amnya dan Laja Punan khasnya. Walaupun tidak menamakan siapa yang dimaksudkan Laja Punan Jerome, sebenarnya jelas merujuk kepada Kupa Kanyan.
Itu merupakan antara pandangan sarjana, dan apakah Kajang sebenarnya menurut perspektif kaum yang sering dikaitkan dengan Kajang seperti Punan, Sekapan, Kejamana dan Lahanan? Kejaman dan Sekapan dua kaum terpenting dalam kumpulan Kajang mempunyai perbezaan pendapat mengenai kewujudan Kajang dan sejarah kewujudannya. Kupa kanyan pula berpendapat Kajang merupakan kaum yang bukan dari suku kaum Iban, Cina, Bidayuh, Melayu dan bangsa Eropah (rujuk Ida, 1976, 1977, 1990).
Definisi 'Kajang'
Definisi Kajang yang diberikan oleh Kupa jelas menunjukkan tahap kepekaan beliau mengenai beberapa perkara seperti kewujudan kaum lain di sekeliling Punan dan tahap kefahaman politik beliau. Dari segi politik beliau seboleh-bolehnya mendefinisikan Kajang secara am dan meluas. Ini ada kaitannya dengan kedudukan politik beliau ketika itu.
Definisi Kajang yang diberikan oleh beliau juga jelas mempunyai maksud tersirat dan tersurat. Malah dalam beberapa catatan pemerhatian yang dibuat oleh Ida dan Jerome, ada mengatakan adakalanya beliau memasukkan kaum Beketan, Tanjung dan Ukit dalam kaum Kajang walaupun perkara ini disangkar keras oleh kaum berkenaan.
Menurut mereka perkara ini ada berhubungkait dengan pandangan dunia "world view" beliau sebagai Laja Punan ketika itu. Beliau inginkan kuasa politik, dan kuasa politik hanya boleh dicapai dengan 'saiz' penyokong yang besar "size does matter". Dengan memasukkan Tanjung Ukit dan Beketan menjadikan saiz kaum yang dinamakan Kajang akan kelihatan banyak, besar dan berkuasa. Ini juga berhubungkait dengan perasaan rendah diri dikalangan pemimpin Sekapan, Punan dan Kejaman ketika itu yang masih ditakluki minda mereka oleh Maren Kayan.
Kajang tidak wujud dalam rekod Sejarah
Kaum yang digelar Kajang tidak wujud dalam catatan sejarah dan rekod yang awal. Perkataan Kajang dianggarkan hanya muncul sekitar abad ke 19 iaitu antara tahun 195oan – 1960an (Jerome, 1990). Antara catatan awal yang boleh kita rujuk dan terawal mengakui kewujudan kaum Punan ialah oleh Becarri (1886). Beliau merupakan pengkaji tumbuhan (Botanist). Disamping itu rekod-rekod rasmi kerajaan Rajah Brooke juga tidak pernah mencatat kewujudan kaum Kajang atau perkataan "Kajang". Perlu ditegaskan , dalam kesemua rekod awal iaitu daripada Beccari sehinggalah kepada James Brooke ada rekod atau catatan mengenai kewujudan kaum Punan, Sekapan, Kejaman sebagai kaum yang berbeza dan berasingan.
Apa yang menghairankan mengapakah Kajang tidak tercatat dalam satu pun rekod sejarah ini? Apakah yang berlaku kepada kaum Kajang dalam tempoh tersebut? Di manakah mereka? Dan mengapa pihak berkuasa ketika itu tidak menemui mereka? Kesemuanya ini menimbulkan banyak persoalan. Paling ketara – mengapa Punan, Sekapan dan Kejaman terdahulu tidak mengakui diri mereka Kajang? Mengapa mereka mengakui diri mereka sebagai Punan, Sekapan dan Kejaman?
Adakah kemungkinan? kaum yang sekarang digelar Kajang sekarang pada awalnya tidak dikenali sedemikian. Jika ada, ini merupakan perkara yang agak terlalu "revolutionary" dan jarang berlaku, dan mungkin tidak pernah berlaku Kemungkinan sebegini samalah dengan kita mengatakan suatu hari kelak kaum yang dikenali sebagai contohnya Sekapan sekarang tiba-tiba dalam tempoh 50 tahu kemudian berubah menjadi kaum lain – contohnya menjadi kaum Bajau atau suku kaum baru. Inilah persoalannya, mengapa pula tiba-tiba kaum yang dikenali sebagai Punan, Sekapn, Kejaman dan Lahanan berubah menjadi Kajang?
Ini merupakan antara perkara yang amat menarik perhatian ramai mengenai Kajang. Mengapa ia tiba-tiba wujud? Dan kaum yang digelar Kajang ini tidak mempunyai persamaan jelas dari segi sejarah, bahasa dan budaya. Kajang secara amnya hanya wujud di kalangan laja-laja atau golongan pemerintah di kalangan Punan, Sekapan dan Kejaman. Dan lebih menarik Kajang hanya wujud di Punan Ba, iaitu Punan di Kakus, Pandan dan Jelalong tidak tahu akan kewujdan Kajang sehinggalah tahun 1970 Ida Nicolaisen (1976). Mungkinkah kaum yang dinamakan "Kajang" ini hanyalah merujuk kepada golongan yang menggelarkan diri mereka "Laja" atau "maren" di kalangan kaum Punan, Sekapan, Kejaman dan Lahanan? Jika ya, mengapa berlaku sedemikian?
Kajang & OUNA
Banyak persoalan yang timbul daripada konsep Kajang yang ada sekarang. Ada andaian mengatakan Kajang diwujudkan susulan usaha untuk menyatupadukan pelbagai kaum minoriti bukan Kayan di daerah Belaga terutamanya dikalangan Punan, Sekapan, Kejaman dan Lahanan dalam satu perikatan kaum. Perikatan tersebut kelak diharapkan akan boleh mengimbangi kuasa politik kaum Kayan di Belaga khasnya. Andaian sebegini memang ada asasnya.
Jika kita teliti, Istilah "Kajang" semakin jelas kedengaran setelah terbentuknya Orang Ulu National Association (OUNA) pada tahun 1969. Kewujudan OUNA membawa beberapa implikasi kepada status dan kedudukan laja Punan, Sekapan, Lahanan dan Kejaman. Untuk mengatasi ancaman ini, mereka perlu bertindak dan melakukan sesuatu. Tindakan yang paling sesuai adalah dengan menyatukan pelbagai kaum minoriti selain kaum Kayan di Belaga dalam satu gabungan – yang akhirnya dinamakan Kajang.
Jika kita perhatikan kumpulan Kajang merupakan "indirect response" kepada kewujudan kumpulan OUNA oleh pemipin bukan Kayan. Pemimpin bukan Kayan di daerah Belaga terutamanya merasakan kewujudan OUNA boleh menggugat pengaruh mereka di daerah Belaga amnya dan dikalangan kaum sendiri khas. Kerana bimbang kedudukan dan peranan mereka hilang atau dikurangkan. Maka tidak hairan ada di antara pemimpim kaum yang dinamakan Kajang – terutamanya dikalangan pemimpin kaum Punan dan Sekapan yang berusaha menonjolkan keKajangan mereka berbanding kaum Lahanan dan Kejaman. Ini ada hubungkaitnya dengan kuasa yang wujud daripada perikatan Kajang tersebut.
Tambahan pula, OUNA walaupun pada awalnya dikatakan untuk menjaga kepentingan semua kaum yang digelar Orang Ulu, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. OUNA sebenarnya merupakan satu jentera politik yang paling diidam-idamkan oleh kaum Kayan untuk meningkatkan kekuasaan politik mereka. Ini jelas selepas OUNA ditubuhkan melalui kompromi antara Kayan di Baram dan Belaga melantik Tajang Laing (Datuk) menjadi Menteri kaum Orang Ulu pertama dan terakhir. Kedudukan beliau ketika itu amat kukuh kerana adanya OUNA.
Ini merupakan antara faktor penting yang mendorong pembentukan kumpulan Kajang. Sebenarnya banyak faktor lain seperti sentimen tidak mahu dikuasai secara politik oleh kaum lain (Kayan). Kesedaran politik sebegini meluap-luap selepas Sarawak merdeka melalui Malaysia pada tahun 1963?.
Dari segi sejarah pula, kaum Kayan sering dilihat oleh penduduk asal Rejang seperti Punan, Kejaman, Sekapan, Lahanan dan Sihan sebagai penceroboh dan pendatang baru. Mereka tidak mungkin akan lupa sejarah silam bagaimana Kayan menakluki dan seterusnya bertapak di daerah Belaga. Kaum Punan, Sekapan dan Kejaman tidak mungkin akan lupa bagaimana para anak-anak Laja mereka dipaksa berkahwinan dengan maren Kayan demi untuk mengukuhkan kedudukan kaum Kayan di Belaga (rujuk Jerome Rousseau, 1975 dan Ida 1976). Faktor-faktor ini merupakan antara sentimen yang turut membantu dalam pembentukan Kajang. kita perlu memahami beberapa perkara terutamanya sejarah lampau untuk menerangkan apa itu Kajang.
Mengapa Punan bukan Kajang
Kita perlu melihat kewujudan Kajang dan kesan atau implikasinya terhadap kedudukan kaum yang dinamakan sedemikian. Paling penting kita perlu melihat jauh akan implikasinya terhadapa sosio-politik dan ekonomi kaum Punan khasnya dan kaum Sekapan, Kejaman dan Lahanan amnya.
Kajang adalah kumpulan politik. Sebagai kumpulan politik, sesiapa sahaja dalam kumpulan tersebut akan memperguna dan diperguna untuk kepentingan politik masing-masing. Akhirnya, siapa yang bijak akan berjaya. Misalannya sekarang melalui Kajang, kaum Sekapan berjaya memegang jawatan Penghulu dan suatu ketika Temenggung. Ini merupakan permainan politik. Jawatan tertinggi yang pernah di sandang oleh kaum Punan dalam Kajang adalah Pemanca.
Tujuan dan niat. Tujuan Kajang adalah untuk mengimbangi kalau bukan menentang kekuasaan politik kaum Kayan di Belaga. Kajang adalah satu yang dicipta dan Punan satu kaum yang telah lama wujud. Memperjudikan kaum demi kepentingan politik – amat merbahaya. Kita telah melihat kesannya terhadap Punan sendiri. Kaum Punan hampir kehilangan identiti dan kaum sendiri. Sehingga kaum Punan dikatakan sebagai Penan atau Punan.
Jika Kajang benar wujud – jelas kaum tersebut sudah pastikan bukan Punan. Dalam Kajang kaum Sekapan & Kejaman sememangnya mempunyai banyak persamaan dari segi bahasa, budaya dan sejarah, tetapi kaum Punan memiliki sejarah, budaya dan bahasa yang jauh berbeza daripada kaum ini (Jerome Rousseau, 1990). Maka kaum yang paling layak dipanggil Kajang adalah Kejaman, Sekapan & Lahanan – bukan Punan.
Tidak ada sokongan. Ini dibuktikan melalui peranan yang diberikan kepada Kupa Kanyan yang hanya sebagai Pemanca dalam Kajang dan tahap sokongan Kajang terhadap Mai Legew (Punan) semasa bertanding dalam dua pilihanraya di daerah Belaga. Berdasarkan statistik yang ada, sebenarnya undi kaum Kajang sahaja telah mencukupi untuk membolehkan Mai Legew mengalahkan calon penyandang. Tetapi hakikatnya tidak, semua kaum yang kononnya Kajang menerima konsep Kajang apa lagi mengakui diri mereka Kajang.
Mungkin belum masa, atau masa masih tidak sesuai untuk konsep Kajang diterima. Ini kerana ia ada persamaan dengan konsep-konsep kesatuan bersifat politik yang lebih popular dan diterima seperti Dayak dan Orang Ulu. Dayak merupakan konsep untuk menyatukan semua kaum yang bukan Melayu, Cina dan Melanau di Sarawak dalam satu identiti politik. Orang Ulu pula untuk semua Kaum bukan Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Melanau di Sarawak. Kajang – merangkumi semua Kaum bukan Iban, Cina, Bidayuh, Iban, Melanau dan Eropah (Ini definisi Kajang yang diberikan oleh Kupa Kanyan kepada Ida Nicolaisen 1976).
Dayak – dipimpin oleh kaum Iban dan bertujuan untuk membolehkan mereka menguasai kaum-kaum yang dipanggil Dayak di Sarawak.
Orang Ulu dimpimpin oleh Kayan, ia pula bertujuan untuk mengukuhkan kuasa politik kaum Kayan terhadap kaum yang dipanggil Orang Ulu di daerah Belaga dan Baram.
Kajang dipimpin oleh Sekapan, ia lebih kepada bertujuan untuk membantu serta mengukuhkan kedudukan politik kaum minoriti Sekapan untuk menguasai kaum majoriti dalam Kajang seperti Punan dan Kejaman. Kajang hanya tertumpu di sekitar Belaga.
Melihat keadaan di atas, tidak hairanlah mengapa kaum Sihan tidak begitu berminat atau ghairah terlibat dengan kumpulan Kajang. Dari segi perundangan kaum Kajang sebenarnya merujuk kepada suku kaum Lahanan (rujuk klasifikasi kaum di Sarawak oleh JPN).
Cuba elakkan diri daripda terpedaya, mungkin ada pihak yang cuba menggunakan sentimen Kajang untuk mendapat atau mengaut keuntungan masa menjelang pilihanraya akan datang ini. Jangan terlibat dengan mereka yang cuba menjual nama baik kaum Punan, Sekapan & Kejaman untuk tujuan sempit sebegini.
anak_datah_nian:
kewujudan kajang sememangnya menyebabkan kaum2 kecil akan tidak dikenali… penting bagi kita untuk menonjolkan identiti kaum kita yang sememangnya tidak dikenali kalau dibandingkan dengan bangsa lain.. huhuhu…
Ukiran Traditional..
May 11, 2006

Ini adalah ukiran traditional masyarakat orang ulu.. ukiran begini biasanya terdapat di tempat – tempat seperti dinding luar rumah, ukiran di sape (alatan music traditional), perahu panjang, perahu pengayuh lumba, almari, katil, kubur dan sebagainya…
Ukiran sebenarnya membawa maksud maksud tertentu yang sukar difahami… setiap ukiran mempunya makna dan maksud yang berlainan.. ukiran juga melambangkan kemegahan.. biasanya ukiran begini terdapat didinding rumah lama.. ukiran begini biasanya terdapat di dinding rumah “maren uma”. ukiran dikubur juga membawa maksud yang tertentu.. adakala ukiran ini menceritakan kisah hidup si mati.. atau kehidupan selepas mati, biasanya ukiran memberi makna yang kadang kala tidak kita fahami… hanya pengukir itu sendiri yang akan tahu maksud setiap ukiran yang dia ukirkan….
sekarang ini terdapat berbagai jenis ukiran sama ada ukiran moden atau traditional… apa yang pasti setiap lapisan masyarakat harus sama sama bersatu untuk mengekalkan identiti ukiran mereka sendiri….
Getting to Kapit & Belaga
May 8, 2006

Express Boats

Kapit Wharf in Sibu
From Sibu, you can start your travel to Kapit and Belaga. There is no road and air access to Kapit. The town is accessible only by fast riverboats (locally called express boats) plying between Sibu, Song and Kapit. The services start as early as 5.45 am and end at 2.30 pm (from Sibu) and 3.50 pm (from Kapit) everyday.

Belaga can also be reached by air link from Bintulu. Malaysia Airlines (MAS) offers two flights in a week i.e. every Wednesday (10.40am) and Saturday (11.10am). Meanwhile, flights from Belaga to Bintulu are also scheduled on every Wednesday (11.30am) and Saturday (12 noon). The one way fare is RM40.00 (exclude taxes and fees). Nevertheless, in order to really see and enjoy the Batang Rejang, visitors are encouraged to travel by boats.
Resource: http://www.kapitro.sarawak.gov.my
Belaga Town
May 8, 2006
Belaga terletak dibahagian kapit, belaga adalah pekan kecil yang terletak jauh di pendalaman negeri sarawak. peta dibawah menunjukkan kedudukan Pekan Belaga. Hampir 70% kawasan ini diliputi hutan dan kebanyakkan penduduk dikawasan ini mengunakan penggangkutan air untuk berhubung diantara satu rumah panjang ke rumah panjang yang lain melalui sungai rejang. penduduk disini kebanyakkannya bergantung dengan hasil pertanian, pembalakkan, perikanan, kerja dengan kerajaan dan sebagainya.

Atas: Peta Sarawak

Taman Mainan Kanak-Kanak.. dihiasi dengan pokok bunga dan dikelilingi oleh flora…

Antara Bangunan Yg terdapat kat sana…

Burung Kenyalang adalah Lambang Pekan Belaga…

Kedamaian begini hanya terdapat disini
Ini lah Pekan Ku.. anda boleh ke Pekan Belaga Melalui Jalan Darat melalui Bintulu.. Jalan Air Melalu Sibu, lepas tu Kapit.. dan terus ke Belaga… nak cepat sampai? naik je kapal terbang.. nak merasai kelainan datanglah kesini… hehehe..
Alunan LunakNya…
May 8, 2006

Sape adalah sejenis alatan music traditional orang ulu… alat music ini dimainkan berserta dengan tarian ngajat, datun julut dan sebagainya… sEsiApa yaNg peRnaH denGar bUnYi ….'sape'…. daN tidAK bUtA MusiK, sudah pAsti akAn terPeSona deNgan alunAn luNak sang sape! kini ….'sape'…. sUdAh moDen, tapi bunYinyA masih sEpErti dULu… kira gitu lah maksud ia: waLauPun kiTa HiduP dALAm zAMAN YanG seRbA mOden tApi jaNgaN LupA AsaL uSuL kiTa………
Keindahan ini….
May 5, 2006

Beginilah pemandangan yang anda akan temui sekiranya anda mengunakan pengangkutan air… Pekan Belaga..

Burung Kenyalang adalah lambang Belaga….
Hello world!
May 4, 2006
Versi Kejaman
Hi… Nau dengah kejau.. arep kejau jiak uah kirah abah uan kejau… akau juk anai jiak… ok sama sama lah kitah jah laei dan jah cengah makat bangsa tah cedirik… ica kitah uah mik kinan cai ajik kelera tah… akau arep ivu kitah ajan kesedaran inan..
akau mik blog inai ivu uan tah naen samak samak kuci laei ubak dan laei barak cak naen nujung bangsa tah lebih maju dan naen samak “bersaing” dan bangsa dah cak beken, tabah balik kitah jah bangsa cak marik juk sarawak inai dan penting bagi kitah uan tah “bersatu” makat bangsa tah… talimakasih..
Versi BM
Hi apa khabar semua.. terlebih dahulu terimakasih kepada anda yang melayari blog ini… saya harap kita boleh sama sama berkongsi pendapat dan pandangan disini.. bagi sesiapa yang ada pandangan terhadap topik atau tajuk yang saya bentangkan bolehlah memberi pandangan anda.. saya menerima setiap komen dan pandangan anda yang boleh membantu dalam mempertingkatkan lagi blog ini… kepada sesiapa yang ada pendapat dan pandangan atau pertanyaan tentang kaum atau rumah panjang kami boleh lah menglibatkan diri dengan memberi pendapat, komen dan pertanyaan secara terus disini.. akhir sekali jutaan terima kasih saya ucapkan kepada anda yang telah melibatkan diri dalam semua tajuk yang saya bentangkan… sekian terima kasih…