SK Long Segaham Belaga
May 4, 2009
Sejarah Sekolah
Pada 23 Mac – 03 April 2009, saya telah menjalankan Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Long Segaham Belaga, Kapit. Melalui program PBS saya telah banyak mengumpul maklumat berkenaan dengan sekolah ini. sekolah ini hanya terletak disebelah rumah panjang saya. SK Long Segaham antara sekolah yang terdapat di daerah Belaga.
Sekolah SK Long Segaham antara sekolah yang terletak di pedalaman negeri Sarawak, iaitu terletak betul – betul di tebing Sungai Rejang. Untuk sampai ke sekolah ini kita terpaksa menaiki perahu panjang mengharungi arus Sungai Rejang dari Pekan Belaga ke sekolah ini. Pada masa dan ketika saya PBS di sekolah ini, Kakitangan sekolah ini seramai 28 orang, 12 orang guru termaksuk guru besar dan selebihnya terdiri daripada Pembantu Pengurusan Murid, Pekerja Am, Kerani dan Pekerja kontrak. Manakala murid – murid sekola SK Long Segaham pula seramai 114 orang yang terdiri daripada murid pra sekolah, murid tahun 1, tahun 2, tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Selama 2 minggu di saya saya banyak belajar tentang pengalaman dan mula memahami akan suasana dan persekitaran sekolah. Disini saya sertakan penerangan ringkas tentang Sejarah sekolah tempat saya menjalankan PBS.
Sekolah Kebangsaan Long Segaham telah ditubuhkan pada 14 Februari 1964 dengan nama “Long Segaham Primary School”, kemudian digazette pada tahun 1965 dibawah pentadbiran Majlis Daerah Kapit. Pada awalnya sebelum penubuhan Sekolah Kebangsaan Long Segaham, penduduk – penduduk dari Uma Nyaving dan Uma Apan Long Majawah, Kejaman Long Segaham dan Uma Lahanan Long Semuang menghantar anak – anak mereka belajar di sekolah yang jauhnya kira – kira 38 kilometer dari kawasan – kawasan rumah panjang mereka, iaitu Sekolah Kebangsaan Abun Matu di Pekan Belaga.
Disebabkan pada ketika itu dikawasan ini belum ada pengangkutan sungai yang baik dan lebih –lebih lagi ramai penduduk masih dalam keadaan serba kekurangan, belum lagi mampu membeli motor sangkut untuk menghantar anak –anak mereka ke sekolah. Anak – anak yang pergi ke sekolah terpaksa berkayuh ke sekolah dan berkayuh semasa balik dari sekolah. Ada masanya juga bermacam – macam kemalangan telah berlaku disebabkan anak –anak yang berkayuh ke sekolah dan balik dari sekolah berkayuh mengharungi sungai yang deras yang mengambil masa empat hingga enam jam berkayuh. Oleh kerana sebab yang sedemikian, maka hanya sebilangan kecil sahaja anak – anak dari kawasan ini pergi ke sekolah dan juga masalah keciciran anak –anak dari kawasan ini sentiasa meningkat.
Menyedari akan masalah yang akan dihadapi oleh anak –anak mereka untuk pergi ke sekolah maka pada tahun 1964 penduduk – penduduk dari Kejaman Long Segaham, Uma Apan dan Uma Nyaving Long Majawah serta Uma Lahanan Long Semuang telah bersetuju untuk mendapat sebuah sekolah rendah di kawasan mereka. Maka pada 14 Februaru 1964, Sekolah Kebangsaan Long Segaham telah ditubuhkan di Kejaman Long Segaham. Penduduk Kejaman Long Segaham, dibawah pimpinan Mendiang MU. Lasah Abun bersetuju untuk menyediakan sebidang tanah (tempat sekolah sekarang) tempat mendirikan bangunan sekolah. Ini adalah kerana tempat ini sesuai dengan kedudukannya di tengah – tengah kawasan Long Mejawah dan Long Semuang.
Dengan kelulusan yang diprolehi, ibubapa tidak berlengah –lengah lagi dan terus membina dua buah bangunan, sebuah blok bangunan dua tingkat untuk tiga buah bilik darjah dan sebuah bilik tempat kediaman Guru Besar dan sebuah blok rumah untuk penginapan murid – murid dari Mejawah dan Long Semuang. Semua bangunan ini didirikan secara bergotong royong oleh semua ibubapa dari kawasan – kawasan ini. Semua bangunan ini dibuat daripada kayu – kayu dan berdindingkan papan – papan kayu sayat gergaji dan juga berbumbungkan kepingan kayu belian yang telah dikerjakan oleh ibubapa secara bergotong royong.
Pada 14 Februari 1964, pengambilan pertama murid –murid seramai 75 orang dibahagikan kepada dua buah kelas, iaitu Primary One dan Primary Two dan dibawah jagaan seorang guru mulai belajar. Encik Lating Abun adalah guru yang pertama dilantik untuk menjalankan pentadbiran sekolah. Beliau berasal dari Uma Balui Ukap Batu Kalo dan telah baru tamat persekolahannya di SK Long Linau.
Pada tahun 1979, beberapa blok bangunan telah dibina di bawah World Bank, iaitu sebuah blok bangunan bilik kelas (4 buah bilik), sebuah blok bangunan asrama (2 unit), dua blok rumah guru (Quarters Class IV) dan sebuah blok dewan makan dan dapur. Sehingga kini di sekolah ini ada 6 buah kelas, iaitu tahun satu,dua, tiga, empat, lima dan enam. Kebanyakan murid – murid di sekolah ini terdiri dari rumah panjang berbangsa Kejaman, Kayan, Lahanan, Kenyah, dan sebilangan kecilnya bangsa – bangsa lain di Sarawak.
Gambar atas, bilik guru SK Long Segaham Belaga
Dewan Makan SK Long Segaham Belaga, gambar ini saya ambil ketika majlis makan malam guru – guru dan kakitangan SK Long Segaham Belaga.
Lagu Sekolah
SK Long Segaham,
tempat kami menimbal ilmu pengatahuan
Mengenal huruf mengecam angka
membaca, menulis, mengira.
Kami adalah anak wawasan
maju menuju era kemajuan
Bersatu, berdisplin mencapai impian dihati
Guru – guruku tonggak harapan
Jasamu kami perlukan
Berikan pedoman sinari jalan
untuk kami mara ke depan
SK Long Segaham
serta guru – guru yang kami muliakan
Tersemat dihati ikatan yang abadi
Budimu tuhan berkati budimu tuhan berkati
Senarai Guru Besar SK Long Segaham Belaga (1964-2009)
| BIL | NAMA PEGAWAI | JAWATAN | TAHUN | BANGSA |
| 1 | En. Lating Abun | Menjalankan tugas Guru Besar | 1964-1965 | Kayan |
| 2 | En. Wesley Ajat | Menjalankan tugas Guru Besar | 1966 | Iban |
| 3 | En. Michael Sureng Utu | Menjalankan tugas Guru Besar | 1967 | Kayan |
| 4 | En. Awang Win Awg Osman | Guru Besar | 1968-1970 | Melayu |
| 5 | En. Patrick Ling | Guru Besar | 1971-1972 | Cina |
| 6 | En. Anthony Philip | Guru Besar | 1973-1977 | Iban |
| 7 | En. John Louis | Guru Besar | 1978-1981 | Iban |
| 8 | En. Jackson Kubang Luring
@Kubang Jabu |
Guru Besar | 1981-1986 | Kejaman |
| 9 | En. Daniel Levoh Emang | Guru Besar | 1987-1995 | Kayan |
| 10 | En. Lim Eng Hua | Menjalankan tugas Guru Besar | 1996 | Cina |
| 11 | En. Jackson Kubang Luring
@Kubang Jabu |
Guru Besar | 1997-2007 | Kejaman |
| 12 | En. Medik Kojan | Guru Besar | 2008 | Punan |
| 13 | En.Thomas Laja ak Besi | Guru Besar | 2008-2010 |
Iban |
Guru Besar SK Long Segaham 2009
Guru – Guru SK Long Segaham Belaga
Gambar Kenangan Bersama Cikgu Joseph PK 2
Gambar Kawasan Sekolah










July 13, 2009 at 2:29 pm
This school is very beatiful with it surrounding and landscape. Hopefully the present Guru besar keeps up the good job done by the previous teachers and Guru besar. Villagers should take the opportunity to resort to Bakun Trust Fund if their children excel in education. So,to all the Kejaman I need to tell you “Education is the best investment.” I would like to convey my congratulation to Mr. Hawing for the success of his children who are studying in universities now and to Mdm Lamoi for the success of her daughter who is taking doctor in Russia at the moment. Well done. Match and match forward for your community development.