Semalam & Hari Ini

June 21, 2006

hi… apa khabar hari ini? Disini aku nak kongsikan cerita tentang cuti semesta January 2006 lepas.. percutian itu sebenarnya bukan lah sesuatu yang perlu untuk dikongsikan bersama, tetapi memandangkan aku tak ada kerja hari ini dan rasa bosan dah mula timbul dalam diri memaksa aku juga untuk menekan keyboard computer ini.. kisah percutian ini sebenarnya banyak ku habiskan dengan membantu ahli keluarga dan saudara mara terutama sekali dalam membina semula rumah panjang baru kami..

 adn-di-sibu.jpg

Gambar bersama anak buah dan sepupu, kisah percutian ini bermula pada 16.05.2006 apabila aku dan kawan aku sama-sama menaiki bas untuk balik ke destinasi masing-masing. dia berhenti di Sri Aman dan aku pula berhenti di terminal bas Sibu.. aku pendek kan saja cerita lah, sebab kalau aku tulis semua nya memerlukan masa yang agak lama juga.. seperti biasa ku suka cerita sesebuah kisah itu bersertakan gambar-gambar yang aku ambil dengan mengunakan mobilephone ku…

sibu

Gambar ini aku ambil kat bandar sibu… ini lah rupa bandar sibu 2006. lama betul tak singgah kat bandar sibu, sudah banyak sangat perubahan yang berlaku.. aku tinggal dirumah makcik aku ketika bertandang ke sini. Disinilah kebiasaan aku bermalam kalau singgah kat Sibu.

gpelagus9.jpggpelagus6.jpggpelagus4.jpg

Gambar atas ini ialah gambar yang aku ambil semasa mengharung jeram peragus. jeram peragus adalah sebuah jeram yang harus dilalui oleh penumpang boat ekspress yang nak ke belaga dari kapit atau sebaliknya, jeram ini telah banyak meragut nyawa manusia. 

kerja-menyemen.jpg

Gambar atas menunjukksn pakcik aku sedang menyemen, sekarang ini semua penduduk rumah panjang tengah sibuk membina rumah panjang baru mereka. semasa balik bercuti tempoh hari kebanyakkan masa aku dihabiskan dengan membantu keluarga membuat kerja seperti menyemen, angkut batu, angkut pasir, angkut getah dari ladang getah datuk, serta ulang alik dari belaga ke kampung untuk membeli dan mengangkut alatan rumah.

hasil-tangkapan-ikan.jpg

Gambar atas, beberapa orang sedang memasukkan hasil tangkapan mereka ke dalam guni. penduduk disepanjang persisiran sungai rejang bergantung dengan tangkapan ikan sebagai makanan mereka. jadi jarang sekali mereka membeli lauk dipasar.

rp

Gambar atas adalah antara rumah panjang yang sempat aku gambar ketika mengharungi sungai rejang. dalam perjalanan dari sibu ke bakun anda akan menemui /  melihat banyak rumah panjang dengan rekabentuk yang berlainan. pergi sendiri baru tahu :p

aku kembali semula ke kuching pada 10.06.2006, percutian yang memuaskan. banyak benda yang telah aku pelajari dari percutian ini… dan banyak benda juga yang harus aku pelajari.. pengalaman mematangkan fikiran.. huh!!!! itulah yang semestinya kita lalui, dalam meniti hari banyak sangat benda yang kita kena hadapi sama secara sukarela atau terpaksa, semalam akan menjadi kenangan yang sentiasa menjadi ingatan. semalam banyak mengajar kita untuk terus mengatur langkah dalam menghadapi hari – hari yang mendatang. tanpa semalam hari ini tak akan tiba, kebahagian dan kepedihan yang kita rasai hari ini adakalanya disebabkan perlakuan kita semalam, corak hidup kita hari ini ditentukan oleh semalam. apa yang pasti untuk mendapat kesenangan dan kebahagian untuk hari esok kita terpaksa berjuang berlandaskan semalam dan hari ini… fikir-fikirkan?

Semalam Telah Menjadi Kenangan, Hari Ini Kenyataan… Esok Adalah Impian…

5 Responses to “Semalam & Hari Ini”

  1. BALAN Says:

    Hello orang Belaga,
    Saya pun anak jati belaga dari kecik sekolah di belaga berasal dari long Jawie berbangsa Kenyah Uma Kulit.
    Hati saya tersentuh apabila terbaca artikel dari adik kita berbangsa kejaman. Kerana perasaan rindu dizaman sekolah dulu saya berkawan dengan semua bangsa orang ulu. gambar2 yang dipaparkan ole saudara ni pun semuanya menyentuh hati. walaupun sudah lama bekerja di singapura tapi memang setiap tahun musim perayaan krismas saya tetap akan pulang ke Belaga. asal usulku walaupun secanggih mana negara orang sarawak tetap dihati.Terlalu indah bagiku.

    hidup orang ulu
    sampai jumpa lagi

  2. anak_datah_nian Says:

    ya.. terima kasih kerana sudi bertandang ke sini, emm…walau dimana kita berada.. jangan lupa dari mana asal kita.. semoga sentiasa sejahtera d tempat orang..


  3. terima kasih balan.. semoga anda sentiasa ceria dirantau orang… saya rasa kita ni sama saya.. walaupun hidup di zaman yang moden tapi tidak akan melupai tempat asal kita.. salah satu objective halaman ni untuk tujuan supaya dapat menimbul kesedaran akan asal usul kita..

  4. lengok Says:

    Sayu Levi. Ava nemei LW ka’ nih. Te’ balei aran khas aleng perlu en udei mejam Peragus { Pelagus }, belaga {Belaga}, kapit { Kapit }.Gua tau sikit je…lebih tak le…….ya le..kankah kita anak jati yang sama dari spesis yang sama….he..he…

  5. andy Says:

    shallom orang2 belaga. ada masa boleh jengok blog saya. teruskan usaha dalam dunia IT ni w/pun bukan semua orang yang tengok tapi yang segelintir ni yang akan banyak mengongsikan info terkini. GBU


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: