THERE’S SOMETHING

January 23, 2009

Sukar untuk percaya apabila sesuatu yang tidak kita ingini muncul di depan mata begitu juga sebaliknya. Sekalipun apa yang dihajati berada di depan mata, namun masih ada halangan untuk mencapainya. Hanya orang yang tabah dan sabar sahaja yang mampu menggapai bintang di langit. Kejayaan di depan mata tidak akan tergapai dek tangan andai kita terleka dan terlalai seketika. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan. Jangan takut menongkah arus cemuhan dan cabaran andai di hati tersimpan satu matlamat untuk berjaya.

Setiap manusia berhak untuk mengecap nikmat kejayaan kerana setiap kita mempunyai keinginan yang sama. Yang menentukan sama ada kita mampu menggapainya atau tidak bergantung kepada niat, sikap dan usaha kita. Sekalipun banyak rintangan menghadang jangan sesekali berputus asa kerana ramai yang akan menyokong. Pandanglah sekeliling dan renunglah ke dasar anak mata mereka yang ihklas membantu anda. Anda pasti akan menemui sinar keikhlasan mereka dan capailah tangan mereka kerana merekalah yang menyokong anda untuk sampai ke puncak. Jangan lupa pada mereka yang telah bersusah keranamu kerana mereka dirimu berjaya menggenggam sebuah cita-cita dan impian mu menjadi kenyataan.

Ramai di antara kita yang tidak menyedari kehadiran mereka yang dapat memberikan manfaat kepada kita. Mungkin merekalah yang akan membantu kita untuk mencapai matlamat kita atau orang yang akan menyokong kita. Namun seringkali kehadiran mereka kita abaikan kerana kita menganggap kehadiran mereka mengganggu ketenangan kita. Kita menganggap remeh tentang pandangan kita tanpa kita sedari itulah sebenarnya jawapan atau cara yang dapat membantu anda mengenal potensi diri. Hanya disebabkan idea serta pandangan mereka berbeza dengan prinsip kehidupan yang anda pegang selama ini.

Anda menentang kerana anda beranggapan bahawa mereka tidak memahami kerana mereka mengalami apa yang anda lalui. Anda terlupa bahawa anda yang tidak memberi peluang kepada orang lain untuk mengenali diri anda. Anda tidak membuka diri anda untuk diselami. Anda menganggap sekiranya anda berterus- terang orang lain akan memandang rendah serta tidak menghormati anda. Sekiranya anda membuat tanggapan awal seperti itu, maka itulah yang akan berlaku dalam perhubungan anda. Tindakan yang anda buat akibat daripada itu, anda pergi kepada orang yang mempunyai pandangan seperti anda iaitu kuasa negatif bertemu kuasa negatif akan menyebabkan kuasa negatif itu berkembang. Mereka bukan sahaja tidak membantu anda malah menjerumuskan lagi anda kepada perasaan syak wasangka dan menganggap diri anda sahaja yang betul.

WRITTEN BY:

NICAID-ADIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: