Cerita disabilik batu – batu yang bulat, cerita ini sebenarnya saya prolehi dari cerita – cerita orang tua – tua di rumah panjang saya. salah satu daripada mereka adalah Ake Sio (Ake Alep). Seperti yang mereka katakan batu – batu yang bulat seperti dalam gambar dibawah mempunyai kuasa yang luar biasa.

Photobucket

Gambar diatas adalah gambar Batu Tului, orang Kejaman pada masa dahulu percaya bahawa batu bulat seperti ini mempunyai kuasa yang tersembunyi. Daripada cerita orang tua yang saya temubual mereka berpendapat bahawa Batu Tului ini mempunyai kuasa seperti boleh menyebabkan air pasang dengan cepat atau serta merta. Pada zaman dahulu sekiranya kawasan rumah panjang kami dilanda kemarau yang berpanjangan. Maka alternatif terakhir orang kejaman dahulu adalah merendamkan batu tersebut ke dalam air sungai di kawasan yang dilanda kemarau. sebaik sahaja batu tersebut direndam, nescaya selepas beberapa ketika hujan lebat akan melanda dan tidak behenti sehingga air sungai tersebut pasang. kejadian ini akan menyebabkan banjir besar yang berpanjangan. Sebab itu orang Kejaman dulu – dulu tidak akan sembarangan merendam batu tersebut ke dalam sungai selagi keadaan kamarau tidak menganggu kehidupan seharian mereka, kerana mereka juga percaya bahawa banjir yang disebabkan oleh batu tersebut akan mendatangkan kesukaran terhadap aktiviti harian mereka.

Batu – batu seperti ini dapat anda lihat dihadapan rumah Tuai Rumah kami. Suatu ketika dahulu jumlah batu Tului ini sebenarnya banyak dan kebanyakkan batu tersebut hilang atau tercicir semasa penduduk kampung berpindah dan mendirikan rumah panjang baru. Sekurang – kurangnya dengan mempamerkan Batu Tului ini dapat menyimpan cerita dan kisah ini untuk diperdengarkan kepada anak cucu kita nanti. Terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat didalam mempertahankan kisah dan cerita bangsa kita, khasnya cerita bangsa Kejaman.

Photobucket

gambar atas ialah Ake Sio, antara orang Kejaman yang banyak menceritakan sejarah rumah panjang Kejaman Long Segaham dengan penulis.

Photobucket

gambar di atas diambil semasa saya menemubual Ake Sio, pemuda disebelahnya ialah kawan baik saya yang sentiasa bersama saya untuk bertanya dan mengupas tentang kisah dan cerita orang kejaman masa dahulu kala.

12 Responses to “Batu Tului”

  1. Muhd Yusuf Says:

    Minta hubungi saya (muhd Yusuf) di Berita Harian Sdn Bhd Kuala Lumpur, saya ingin mendapat maklumat lanjut mengenai etnik kajang/kejaman. tel 0192268980. terima kasih

  2. chubby Says:

    hye…
    saya juz nak tanya 1 je la. rasanya saya pernah dgr tntang bstu tului ni. tp lau x silap ianya dikaitkan dengan kejaman levauk navak. boleh jelaskan tak??

    • aging Says:

      gambar batu tului ni sememangnya diambil di rumah kejaman long segaham, ada juga saya dengar tentang kewujudan batu tului dari levuk navak. tapi aku uah teguah cerita nah.. cai2 cirah tauk levuk namak cak teguah celitak nan boleh mah share juk anai.. wan tah camak2 teguah..

      • Kaza Man Says:

        boleh tau sapa penulis blog ni..mungkin dapat share apa2 berkenaan Kaum Kajaman.Tq..atas usaha anda..membudayakan lagi Kaum Kajaman di mata Malaysia..teruskan usaha anda ,kami menyokong anda..

  3. transFarmer Says:

    knak x polah kamus lam versi kejaman?

  4. amirah atikah Says:

    hmm…kejaman tok org ulu utaraka?
    cgek gk, apa jak adat nk da lam kejaman?


    • terima kasih atas soalan saudari, setahu saya kejaman tak pernah d sebut sebagai orang ulu utara, kejaman d ktegori dlm kajang bersama dengan sekapan, lahanan dsbnya. kajang jg termasuk dlm rumpun org ulu, sebenarnya banyak lagi adat resam kejaman yang lain spt adat istiadat ptunangan, pkhwinn, dlm kematian, dsbnya..

  5. farahana azwa Says:

    saya sedang membuat kajian mengenai adat kematian org kejaman…ada apa-apa yang encik boleh kongsikan?? Sebelum ini saya terbaca bahawa asal usul org kejaman adalah dari sungai Kajang yang kemudiannya berpindah ke ulu belaga..oleh itu, saya amat mengharapkan maklumat tambahan dari encik mengenai asal usul dan juga adat kematian org kejaman..terima kasih..

  6. norlizana Says:

    xda gambar org lain lg ka mau d’letak tok d’jadikan model melainkan gambar orang yang sama sahaja???cuba la cari anak muada@orang tua yang boleh d’percayai dalam gambar tersebut

  7. apex.. Says:

    batu tului ada kat lvau navak n lvau najuk..juz org lvau navak xnak expose pasal pkara nai..tp bla org lvau njuk expose..bru idak ptak..why don’t u create your own blog a expose it???haha..right,..

    • Kaza Man Says:

      saudara, apex…bukan senang nak expose..jika anda tidak memiliki kepakaran dlm bidang penulisan blogs dsgnya..kita boleh membantu dari segi informasi dan maklumat yg terperinci shj..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: