Baca dulu baru tahu…

saya rasa petikan ini boleh membuatkan kita berfikir sejenak tentang akan asal usul kita dan orang kita. anda kena baca petikan ini dahulu.. baca jangan tak baca.. saya bukan bermaksud untuk menimbulkan suasana tegang di sini, saya berharap selepas membaca petikan ini kita akan sedar di manakah kita? apa itu kajang? kejaman? adakah kedua2 perkataan ini membawa pengertian yang sama dalam diri anda. Terutamanya untuk diri kita dan untuk kejaman.

Petikan ini dipetik dari LASAN PUNAN, punan community forum (lasan.punan.net/forum)
Pengenalan Kalau kita perhatikan setiap kali menjelang pilihanraya maka tatkala itulah munculnya kaum “Kajang”. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Kajang? Siapakah yang digelar Kajang. Persoalan ini sebenarnya telah dibincang oleh banyak sarjana dan pengkaji budaya. Antara sarjana yang kerap membincangkan perihal Kajang adalah seperti Prof. Jerome Rousseau, Ida Nicolaisen, Tom Harrisson dan banyak lagi.

Tom Harrisson beranggapan Kajang tidak penting dan ia tidak begitu signifikan (1954), manakala Ida Nicolaisen (1976) tertarik dengan Kajang kerana beliau melihat Kajang sebagai titik permulaan wujud kesedaran politik di kalangan laja Punan ketika itu terutamanya subjek kajian beliau iaitu Kupa Kanyan. Jerome Rousseau (1990) pula banyak mengaitkan isu Kajang dengan perasaan rendah diri kaum Punan amnya dan Laja Punan khasnya. Walaupun tidak menamakan siapa yang dimaksudkan Laja Punan Jerome, sebenarnya jelas merujuk kepada Kupa Kanyan.

Itu merupakan antara pandangan sarjana, dan apakah Kajang sebenarnya menurut perspektif kaum yang sering dikaitkan dengan Kajang seperti Punan, Sekapan, Kejamana dan Lahanan? Kejaman dan Sekapan dua kaum terpenting dalam kumpulan Kajang mempunyai perbezaan pendapat mengenai kewujudan Kajang dan sejarah kewujudannya. Kupa kanyan pula berpendapat Kajang merupakan kaum yang bukan dari suku kaum Iban, Cina, Bidayuh, Melayu dan bangsa Eropah (rujuk Ida, 1976, 1977, 1990).

Definisi ‘Kajang’
Definisi Kajang yang diberikan oleh Kupa jelas menunjukkan tahap kepekaan beliau mengenai beberapa perkara seperti kewujudan kaum lain di sekeliling Punan dan tahap kefahaman politik beliau. Dari segi politik beliau seboleh-bolehnya mendefinisikan Kajang secara am dan meluas. Ini ada kaitannya dengan kedudukan politik beliau ketika itu.

Definisi Kajang yang diberikan oleh beliau juga jelas mempunyai maksud tersirat dan tersurat. Malah dalam beberapa catatan pemerhatian yang dibuat oleh Ida dan Jerome, ada mengatakan adakalanya beliau memasukkan kaum Beketan, Tanjung dan Ukit dalam kaum Kajang walaupun perkara ini disangkar keras oleh kaum berkenaan.

Menurut mereka perkara ini ada berhubungkait dengan pandangan dunia “world view” beliau sebagai Laja Punan ketika itu. Beliau inginkan kuasa politik, dan kuasa politik hanya boleh dicapai dengan ‘saiz’ penyokong yang besar “size does matter”. Dengan memasukkan Tanjung Ukit dan Beketan menjadikan saiz kaum yang dinamakan Kajang akan kelihatan banyak, besar dan berkuasa. Ini juga berhubungkait dengan perasaan rendah diri dikalangan pemimpin Sekapan, Punan dan Kejaman ketika itu yang masih ditakluki minda mereka oleh Maren Kayan.

Kajang tidak wujud dalam rekod Sejarah
Kaum yang digelar Kajang tidak wujud dalam catatan sejarah dan rekod yang awal. Perkataan Kajang dianggarkan hanya muncul sekitar abad ke 19 iaitu antara tahun 195oan – 1960an (Jerome, 1990). Antara catatan awal yang boleh kita rujuk dan terawal mengakui kewujudan kaum Punan ialah oleh Becarri (1886). Beliau merupakan pengkaji tumbuhan (Botanist). Disamping itu rekod-rekod rasmi kerajaan Rajah Brooke juga tidak pernah mencatat kewujudan kaum Kajang atau perkataan “Kajang”. Perlu ditegaskan , dalam kesemua rekod awal iaitu daripada Beccari sehinggalah kepada James Brooke ada rekod atau catatan mengenai kewujudan kaum Punan, Sekapan, Kejaman sebagai kaum yang berbeza dan berasingan.

Apa yang menghairankan mengapakah Kajang tidak tercatat dalam satu pun rekod sejarah ini? Apakah yang berlaku kepada kaum Kajang dalam tempoh tersebut? Di manakah mereka? Dan mengapa pihak berkuasa ketika itu tidak menemui mereka? Kesemuanya ini menimbulkan banyak persoalan. Paling ketara – mengapa Punan, Sekapan dan Kejaman terdahulu tidak mengakui diri mereka Kajang? Mengapa mereka mengakui diri mereka sebagai Punan, Sekapan dan Kejaman?

Adakah kemungkinan? kaum yang sekarang digelar Kajang sekarang pada awalnya tidak dikenali sedemikian. Jika ada, ini merupakan perkara yang agak terlalu “revolutionary” dan jarang berlaku, dan mungkin tidak pernah berlaku Kemungkinan sebegini samalah dengan kita mengatakan suatu hari kelak kaum yang dikenali sebagai contohnya Sekapan sekarang tiba-tiba dalam tempoh 50 tahu kemudian berubah menjadi kaum lain – contohnya menjadi kaum Bajau atau suku kaum baru. Inilah persoalannya, mengapa pula tiba-tiba kaum yang dikenali sebagai Punan, Sekapn, Kejaman dan Lahanan berubah menjadi Kajang?

Ini merupakan antara perkara yang amat menarik perhatian ramai mengenai Kajang. Mengapa ia tiba-tiba wujud? Dan kaum yang digelar Kajang ini tidak mempunyai persamaan jelas dari segi sejarah, bahasa dan budaya. Kajang secara amnya hanya wujud di kalangan laja-laja atau golongan pemerintah di kalangan Punan, Sekapan dan Kejaman. Dan lebih menarik Kajang hanya wujud di Punan Ba, iaitu Punan di Kakus, Pandan dan Jelalong tidak tahu akan kewujdan Kajang sehinggalah tahun 1970 Ida Nicolaisen (1976). Mungkinkah kaum yang dinamakan “Kajang” ini hanyalah merujuk kepada golongan yang menggelarkan diri mereka “Laja” atau “maren” di kalangan kaum Punan, Sekapan, Kejaman dan Lahanan? Jika ya, mengapa berlaku sedemikian?

Kajang & OUNA
Banyak persoalan yang timbul daripada konsep Kajang yang ada sekarang. Ada andaian mengatakan Kajang diwujudkan susulan usaha untuk menyatupadukan pelbagai kaum minoriti bukan Kayan di daerah Belaga terutamanya dikalangan Punan, Sekapan, Kejaman dan Lahanan dalam satu perikatan kaum. Perikatan tersebut kelak diharapkan akan boleh mengimbangi kuasa politik kaum Kayan di Belaga khasnya. Andaian sebegini memang ada asasnya.

Jika kita teliti, Istilah “Kajang” semakin jelas kedengaran setelah terbentuknya Orang Ulu National Association (OUNA) pada tahun 1969. Kewujudan OUNA membawa beberapa implikasi kepada status dan kedudukan laja Punan, Sekapan, Lahanan dan Kejaman. Untuk mengatasi ancaman ini, mereka perlu bertindak dan melakukan sesuatu. Tindakan yang paling sesuai adalah dengan menyatukan pelbagai kaum minoriti selain kaum Kayan di Belaga dalam satu gabungan – yang akhirnya dinamakan Kajang.

Jika kita perhatikan kumpulan Kajang merupakan “indirect response” kepada kewujudan kumpulan OUNA oleh pemipin bukan Kayan. Pemimpin bukan Kayan di daerah Belaga terutamanya merasakan kewujudan OUNA boleh menggugat pengaruh mereka di daerah Belaga amnya dan dikalangan kaum sendiri khas. Kerana bimbang kedudukan dan peranan mereka hilang atau dikurangkan. Maka tidak hairan ada di antara pemimpim kaum yang dinamakan Kajang – terutamanya dikalangan pemimpin kaum Punan dan Sekapan yang berusaha menonjolkan keKajangan mereka berbanding kaum Lahanan dan Kejaman. Ini ada hubungkaitnya dengan kuasa yang wujud daripada perikatan Kajang tersebut.

Tambahan pula, OUNA walaupun pada awalnya dikatakan untuk menjaga kepentingan semua kaum yang digelar Orang Ulu, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. OUNA sebenarnya merupakan satu jentera politik yang paling diidam-idamkan oleh kaum Kayan untuk meningkatkan kekuasaan politik mereka. Ini jelas selepas OUNA ditubuhkan melalui kompromi antara Kayan di Baram dan Belaga melantik Tajang Laing (Datuk) menjadi Menteri kaum Orang Ulu pertama dan terakhir. Kedudukan beliau ketika itu amat kukuh kerana adanya OUNA.

Ini merupakan antara faktor penting yang mendorong pembentukan kumpulan Kajang. Sebenarnya banyak faktor lain seperti sentimen tidak mahu dikuasai secara politik oleh kaum lain (Kayan). Kesedaran politik sebegini meluap-luap selepas Sarawak merdeka melalui Malaysia pada tahun 1963?.
Dari segi sejarah pula, kaum Kayan sering dilihat oleh penduduk asal Rejang seperti Punan, Kejaman, Sekapan, Lahanan dan Sihan sebagai penceroboh dan pendatang baru. Mereka tidak mungkin akan lupa sejarah silam bagaimana Kayan menakluki dan seterusnya bertapak di daerah Belaga. Kaum Punan, Sekapan dan Kejaman tidak mungkin akan lupa bagaimana para anak-anak Laja mereka dipaksa berkahwinan dengan maren Kayan demi untuk mengukuhkan kedudukan kaum Kayan di Belaga (rujuk Jerome Rousseau, 1975 dan Ida 1976). Faktor-faktor ini merupakan antara sentimen yang turut membantu dalam pembentukan Kajang. kita perlu memahami beberapa perkara terutamanya sejarah lampau untuk menerangkan apa itu Kajang.

Mengapa Punan bukan Kajang
Kita perlu melihat kewujudan Kajang dan kesan atau implikasinya terhadap kedudukan kaum yang dinamakan sedemikian. Paling penting kita perlu melihat jauh akan implikasinya terhadapa sosio-politik dan ekonomi kaum Punan khasnya dan kaum Sekapan, Kejaman dan Lahanan amnya.
Kajang adalah kumpulan politik. Sebagai kumpulan politik, sesiapa sahaja dalam kumpulan tersebut akan memperguna dan diperguna untuk kepentingan politik masing-masing. Akhirnya, siapa yang bijak akan berjaya. Misalannya sekarang melalui Kajang, kaum Sekapan berjaya memegang jawatan Penghulu dan suatu ketika Temenggung. Ini merupakan permainan politik. Jawatan tertinggi yang pernah di sandang oleh kaum Punan dalam Kajang adalah Pemanca.

Tujuan dan niat. Tujuan Kajang adalah untuk mengimbangi kalau bukan menentang kekuasaan politik kaum Kayan di Belaga. Kajang adalah satu yang dicipta dan Punan satu kaum yang telah lama wujud. Memperjudikan kaum demi kepentingan politik – amat merbahaya. Kita telah melihat kesannya terhadap Punan sendiri. Kaum Punan hampir kehilangan identiti dan kaum sendiri. Sehingga kaum Punan dikatakan sebagai Penan atau Punan.

Jika Kajang benar wujud – jelas kaum tersebut sudah pastikan bukan Punan. Dalam Kajang kaum Sekapan & Kejaman sememangnya mempunyai banyak persamaan dari segi bahasa, budaya dan sejarah, tetapi kaum Punan memiliki sejarah, budaya dan bahasa yang jauh berbeza daripada kaum ini (Jerome Rousseau, 1990). Maka kaum yang paling layak dipanggil Kajang adalah Kejaman, Sekapan & Lahanan – bukan Punan.

Tidak ada sokongan. Ini dibuktikan melalui peranan yang diberikan kepada Kupa Kanyan yang hanya sebagai Pemanca dalam Kajang dan tahap sokongan Kajang terhadap Mai Legew (Punan) semasa bertanding dalam dua pilihanraya di daerah Belaga. Berdasarkan statistik yang ada, sebenarnya undi kaum Kajang sahaja telah mencukupi untuk membolehkan Mai Legew mengalahkan calon penyandang. Tetapi hakikatnya tidak, semua kaum yang kononnya Kajang menerima konsep Kajang apa lagi mengakui diri mereka Kajang.

Mungkin belum masa, atau masa masih tidak sesuai untuk konsep Kajang diterima. Ini kerana ia ada persamaan dengan konsep-konsep kesatuan bersifat politik yang lebih popular dan diterima seperti Dayak dan Orang Ulu. Dayak merupakan konsep untuk menyatukan semua kaum yang bukan Melayu, Cina dan Melanau di Sarawak dalam satu identiti politik. Orang Ulu pula untuk semua Kaum bukan Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Melanau di Sarawak. Kajang – merangkumi semua Kaum bukan Iban, Cina, Bidayuh, Iban, Melanau dan Eropah (Ini definisi Kajang yang diberikan oleh Kupa Kanyan kepada Ida Nicolaisen 1976).

Dayak – dipimpin oleh kaum Iban dan bertujuan untuk membolehkan mereka menguasai kaum-kaum yang dipanggil Dayak di Sarawak.

Orang Ulu dimpimpin oleh Kayan, ia pula bertujuan untuk mengukuhkan kuasa politik kaum Kayan terhadap kaum yang dipanggil Orang Ulu di daerah Belaga dan Baram.
Kajang dipimpin oleh Sekapan, ia lebih kepada bertujuan untuk membantu serta mengukuhkan kedudukan politik kaum minoriti Sekapan untuk menguasai kaum majoriti dalam Kajang seperti Punan dan Kejaman. Kajang hanya tertumpu di sekitar Belaga.

Melihat keadaan di atas, tidak hairanlah mengapa kaum Sihan tidak begitu berminat atau ghairah terlibat dengan kumpulan Kajang. Dari segi perundangan kaum Kajang sebenarnya merujuk kepada suku kaum Lahanan (rujuk klasifikasi kaum di Sarawak oleh JPN).

Cuba elakkan diri daripda terpedaya, mungkin ada pihak yang cuba menggunakan sentimen Kajang untuk mendapat atau mengaut keuntungan masa menjelang pilihanraya akan datang ini. Jangan terlibat dengan mereka yang cuba menjual nama baik kaum Punan, Sekapan & Kejaman untuk tujuan sempit sebegini.

anak_datah_nian:
kewujudan kajang sedikit sebanyak menyebabkan kaum2 kecil akan tidak dikenali… penting bagi kita untuk menonjolkan identiti kaum kita yang sememangnya tidak dikenali kalau dibandingkan dengan bangsa lain.. saya “copy” dan “paste” petikan ini di sini bukan kerana saya bersetuju atau tidak setuju. tapi penting untuk kita fikirkan sejenak di manakah kedudukan kita di sini… tiada yang salah, tidak ada yang betul.. fikir – fikirkan renung – renungkan……

Jadi, apakah pendapat anda? beri lah pendapat anda agar kita dapat kongsikan bersama. semoga pendapat pembaca semua dapat menjelaskan lagi situasi yang sebenar…

17 Responses to “KEJAMAN ATAU KAJANG”

  1. Erick Says:

    good idea from you atleast we know who we are…kindly attached photo to make you page ironically.

  2. Erick Says:

    Maruong ladu nan dak yau….kita kena kurangkan juga pengambilan alkohol (duen arek)kerana itu boleh menjejaskan pembikinan masyarakat yang bertanggungjawab dan beretika…

  3. anak usun apau Says:

    Bahasa Jiwa bangsa.itu yang perlu.TQ

  4. Nyaman DC Merang Says:

    Salam utk kawan-kawan kejaman spt Paul Tiwai, Thomas Neh (Egai)Lawrence dan lain-lain.Lama tak jumpa.

  5. zam Says:

    syabas dan tahniah kepada saudara yang melontarkan satu pandangan yang begitu menarik dan memerlukan pengkajian secara akademik agar kewujudan dan keaslian sesuatu bangsa atau kaum dikenali dengan bajunya sendiri bukan baju orang lain. saya amat tertarik dengan artikel ini tidak kira dari mana sumbernya.Utk makluman saudara sy dlm proses pengkajian bahasa/dailek kumpulan bhs terancam ini pada peringkat Phd (UPM).Apakira saudara sudi berkongsi maklumat sebelum saya pergi kelapangan agar informan dan kesahihan maklumat sama2 membantu survival kaum mahupun bahasanya. terima kasih.saya menunggu respons saudara dengaan penuh minat.


  6. terima kasih saudara..seandainya ada pertanyaan atau soalan, bolehlah tanya saya… selagi saya boleh jawab, saya akan jawab atau hantar email kpd saya. : fri2006end@yahoo.com

  7. Boy@ISIENG Says:

    Hallo..Bapa saya seorang kejaman tetapi kami 7 adik beradik tidak tahu langsung akan bangsa kejaman.kami tinggal bersama ibu(kayan) di baram(kampung kayan)sejak saya berumur 5 thun. setiap kali mengisi borang rasmi, kami akan meletakkan bangsa sebagai kayan(klo x dorang banyak tanya..apa tu kejaman? blablablaa…malas gak mok jawab,lgpun bkn tahu pun..


  8. […] The busiest day of the year was December 10th with 630 views. The most popular post that day was KEJAMAN ATAU KAJANG. […]

  9. jeff Says:

    tahniah atas kejayaan saudara melontarkan idea yang ringkas tapi amat signifiken untuk direnungkan dan dijadikan sebagai katalis bagi kaum kajang menghargai, menilai, dan membuat muhasabah diri tentang jati diri dan bangsa. Saya amat teruja dengan pendapat yang ringkas tetapi padat ini. Saya amat rindu akan pengucapan bahasa dalam kategori kajang terutamanya kejaman dan lahanan kerana bapa saya kejaman dan emak saya ialah lahanan. walaupun banyak berbicara dlm bahasa lahanan tetapi saya masih boleh berbahasa kejaman dengan baik. Kekuatan sesuatu tamadun bangsa/kaum itu merupakan katalis kepada pembinaan neokolonialisme sama dari aspek budaya, bahasa,kepercayaan, dan politik. Saya setuju dengan premis yang saudara paparkan ini. Kaum lahanan dan kejaman saya lihat masih jauh ketinggalan dr manipulasi kuasa politik ini. mungkinkah kita terlalu bertolak ansur? mungkinkah kita tiada pemimpin yang berkaliber utk mengangkat digniti lahanan dan kejaman ke tahap yang patut dihormati? tidak adakah kaum lahanan dan kejaman yang berpendidikan tinggi? atau adakah kita masih belum mengenal ideologi dan jati diri sendiri? adakah tahap dan cara pemikiran serta mentaliti kita sendiri turut menjadi penghalang sehingga mendikotomikan kita atau pemimpin kita sendiri? premis inilah juga yang mungkin menjadi faktor kemunduran kaum kita dari aspek intelektualiti apa lagi material. aduh….banyak sangat perkara yang perlu difikirkan. ….jeffery b…anak lahanan long semuang, belaga.

  10. Shane Bauerle Says:

    I am interested in Kajang language and history. If you could answer some questions about your language, please contact me (Shane): sbauerle@hawaii.edu

    Thank you!

  11. want to know Says:

    i just heard about ‘kejaman’. Is Kejaman and iban share the same culture?

  12. Livan Says:

    respect u, bro! hehe.

  13. lai Says:

    Saya pernah mdgr org tua2 bcerita mngenai kajang dan sememangnya wujud bangsa kajang..bagaimana bangsa kajang tiada dlm rekod sejarah dan mengapa tjadi begini…pmulaan cerita tidak di nyatakan…penghujung cerita bagaimana bangsa kajang berpindah dan menukar identiti mereka kepada bangsa baru..sehingga lahirnya bangsa kejaman, sekapan, dan byk lagi…kbykn bahasa yg digunakn oleh bangsa baru bpecah ini hampir2 sama dan cara dialek sahaja yg berbeza..mengapa tjadi begini…?..kmungkinan ini disebabkn politik di zaman itu dan peperangan yg brlaku antara kaum….mngikut cerita org tua2 dulu…bangsa kajang berpecah 2 kumpulan..kumpulan pertama adlh bangsaku sendiri dan kumpulan kedua adalah bangsa dlm blog ini…mgikuti cerita org lama.sebab2 hilangnya kajang adlh rahsia rancangan utk bgabung melalui perjanjian lisan 3 bulan terang,maksudnya 3 bulan mgikut kiraan moden…tp rancangan gagal dan kwujudan bangsa baru dkekalkan hingga hari ini….bukti kwujudan mereka melalui bahasa yg hampir sama dan harta peribadi org lama yg sama…..ini sahaja yg dceritakn turun temurun yg tidak seberapa lengkap….

  14. xoxo Says:

    pendapat sy,kajang ni diwujudkan hanya untuk kepentingan politik dan ‘penaklukan’ sahaja..ia boleh dikatakan sebuah parti tetapi mengamalkan sistem autokrasi..kajang tidak layak digelar sebagai sebuah bangsa kerana apabila kita merujuk kepada definisi bangsa,sesebuah bangsa itu pasti ada bahasa..kajang tiada bahasa khas utk berkomunikasi.spt bahasa melayu & bahasa inggeris.bahasa yg ada dlm kajang tu berbagai..tiada bahasa khas yg digunakan ketika berkomunikasi dgn kaum lain yg berada dalam kajang tu..so,ianya masih tidak beridentiti..

  15. MOHAMAD YUNUS BIN BEKRI Says:

    Kemungkinan bangsa kajang yang hilang adalah etnik melanau, yang banyak persamaan dengan kaum kejaman, lalahan….sekadar pendapat saya sahaja….

  16. Lai mato Says:

    Salam sejahtera,bagaimana hendak berurusan untuk membuat kajian berkenaan kaum kajang? Saya berminat untuk membuat kajian ilmiah ethnohrafi visual tentang kaum kajang..?

  17. hishamdeansmelanau Says:

    Salam sejahtera,bagaimana hendak berurusan untuk membuat kajian berkenaan kaum kajang? Saya berminat untuk membuat kajian ilmiah ethnohrafi visual tentang kaum kajang..?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: