Tatoo Orang Kejaman

Ruangan ini memaparkan bentuk atau corak tatoo (Ujai odok/k’ang) orang Kejaman, bagi mereka yang belum bertandang ke rumah panjang kami dan ingin mengetahui corak tatoo orang Kejaman, mungkin ruangan kali ini dapat menjelaskan serba sedikit tentang corak ukiran tatoo orang Kejaman. pada asalnya saya sendiri tidak pernah terlintas untuk membicarakan tajuk ini, sehingga saya pulang bercuti di rumah panjang dua bulan yang lepas, minat saya untuk terhadap tatoo ini secara tiba – tiba wujud dalam diri saya setelah melihat tatoo seorang lelaki bangsa saya yang begitu uzur, dia sempat menceritakan serba sedikit tentang tatoo asal masyarakat kejaman, dengan itu timbul minat saya untuk mengumpul koleksi tatoo asal orang kejaman. seperti suku kaum lain juga, masyarakat Kejaman juga memiliki ukiran tatoo asal yang diwarisi dari turun temurun, melalui pemerhatian dan hasil dari maklumat yang saya kumpul dari orang tua di rumah panjang Kejaman Long Segaham saya dapat menyimpul bahawa masyarakat Kejaman juga tidak ketinggalan dalam seni mencacah tatoo pada suatu ketika dahulu. cuma pada masa sekarang anak muda masyarakat Kejaman tidak begitu tertarik dengan corak ukiran tatoo lama dan kebanyakan mereka yang meminati tatoo cenderung dengan corak moden seperti yang kita lihat pada kebanyakan orang pada masa kini.  kalau kita lihat masyarakat kejaman yang sudah berumur sahaja yang biasanya memiliki corak ukiran tatoo lama ini. dalam ruangan kali ini saya telah ‘upload’ gambar tatoo dari orang kejaman, dan gambar ini saya ambil sendiri semasa saya balik bercuti di rumah panjang kami dua bulan yang lepas. sebenarnya saya sendiri tidak dapat buat perbandingan corak tatoo orang kejaman dengan suku kaum lain di Sarawak kerana saya lebih cenderung fokus kepada kebudayaan masyarakat saya sendiri (kejaman). dibawah ini adalah antara koleksi gambar tatoo lelaki dan perempuan yang saya ambil ambil sendiri. semoga gambar – gambar ini memberi inspirasi kepada peminat tatoo di tanah air.

Tatoo Perempuan

Photobucket
Ukiran@corak tatoo pada bahagian kaki (Ake Jimmy Derah)

Photobucket
Corak tatoo pada lengan seorang perempuan Kejaman (Inan Tadin)

Photobucket
Corak tatoo pada kaki dan lengan seorang wanita Kejaman (Taga)

Photobucket
Corak tatoo pada lengan ( Ake Jimmy Derah)

Photobucket
Salah Seorang wanita bangsa kejaman yang ada tatoo (Ake Jimmy Derah), sebenarnya ramai lagi golongan wanita berumur yang memiliki tatoo sebegini di rumah panjang kami. cuma corak ukirannya sahaja semakin pudar lantaran ditelan masa.

Tatoo Lelaki

Photobucket
Gambar di atas; Ake Aji salah satu golongan lelaki berumur kejaman yang memiliki corak tatoo asal kaum Kejaman.

Photobucket
K’ang adalah lambang asal masyarakat kejaman, suatu ketika dahulu ramai masyarakat kejaman memiliki tatoo seperti ini dan sekarang ini hanya Ake Aji seorang yang masih memiliki corak tatoo ini, kerana ramai antara mereka yang memiliki tatoo ini sudah meninggal dunia.

Photobucket
antara corak tatoo yang terdapat pada bahagian badan Ake Aji.

Photobucket
Corak tatoo ini dinamakan Corak udang (Ujai Urang)

Photobucket
Tatoo Corak Urang(Ake Aji)

Photobucket
Corak Tatoo K’ang atau Ik’ang (Ake Aji)

Photobucket
Corak Udang(Ake Aji)

Photobucket
Corak Naga (Ake Aji)

Photobucket
Corak Naga (Tatoo Ake Asang)

Photobucket
Corak Naga (Ake Boi / Aman Dulan)

Photobucket
Corak ini saya tak pasti, sama ada naga atau Udang( Ake Boi/ Aman Dulan)

Photobucket

Photobucket
Corak Pancing yang telah diimprovisasi( Ake Duwin)

Photobucket
Corak Naga (Ake Duwin)

Photobucket
Corak Udang (Ake Duwin)

Photobucket
Corak Naga (Ake Mujan)

Photobucket
Corak Urang (Aman Ngerong)

Photobucket
Corak ini saya tak pasti, ianya sama ada corak udang, anjing atau naga.

Lain – Lain Corak

Photobucket
Corak Tatoo yang dimiliki Aman Linet

Photobucket
Corak Tatoo yang dimiliki Petrus

Photobucket
Corak Tatoo yang dimiliki Nyipa.

Menurut Ake Duwin (salah seorang yang mahir dalam ukiran tradisioanal) tatoo corak naga dan Udang dibezakan melalui bentuknya, Corak naga biasanya memiliki kepala dua dan ada juga corak naga yang memiliki kepala satu(bergantung pada bentuk ukiran), corak anjing pula biasanya memiliki kepala yang sama dengan corak udang atau naga, tapi dibezakan oleh bentuk kakinya. manakala corak udang hanya memiliki satu kepala dan hiasan yang perbagai.

Photobucket
ukiran Corak Udang yang dilakar oleh Ake Duwin (Sirang)

Photobucket
Lakaran tatoo Udang, biasanya ukiran sebegini diukir dibahagian lengan lelaki.

Photobucket
Corak Tatoo Anjing, biasanya diukir dibahagian lengan atau bahu lelaki. lakaran – lakaran di atas dilakar oleh Ake Duwin.

Saya harap saudara dan saudari yang lebih mahir dalam corak tatoo tradisional ini dapat memberi buah fikiran atau cadangan dalam menentukan dan membanding jenis tatoo yang terdapat dalam kaum kejaman.

CADANGAN DAN PENDAPAT DIALU-ALUKAN, Sekian Terima Kasih😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: