Kerit : kerit berkaitan dengan hiasan yang diperbuat daripada batang – batang buluh yang dihias cantik mengikut kreativiti orang yang menyiapkannya. sebenarnya banyak jenis kerit yang dibuat mengikut fungsi dan kegunaannya untuk majlis – majlis tertentu dan upacara – upacara yang hendak dijalankan. perkataan kerit dari bahasa kejaman, saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya nama kerit disebut dalam bahasa melayu atau dalam bahasa lain.

“Kerit” biasanya dibuat untuk menyambut kehadiran tetamu yang datang ke rumah panjang kami. ia diperbuat daripada batang – batang buluh dan dihias indah dengan seni yang tersendiri. biasanya “kerit” dibuat semasa majlis perkahwinan untuk menyambut kehadiran pengantin dan rombongannya dari rumah panjang yang berlainan dan untuk menyambut kehadiran orang terhormat yang datang melawat ke rumah panjang kami. “kerit” diwarisi dari turun temurun dari nenek  moyang dahulu dan masih diteruskan sehingga ke hari ini.

saya akan serta kan beberapa buah gambar berkenaan dengan “kerit” dan cara – cara menyiapkannya.

Photobucket
buluh – buluh yang telah dipotong dibawa atau diangkut ke perahu.

Photobucket
antara penduduk yang terlibat mengangkut dan mengambil buluh di hutan. (Jok & Saung)

Photobucket
mengangkut buluh – buluh ke tebing sungai untuk dibawa mengunakan perahu.

Photobucket
memotong buluh untuk dibawa balik

Photobucket
gambar: Ake Asang sedang memotong buluh mengikut saiz yang sesuai.

Photobucket
gambar: Nyipa dan Aman Sigi sedang mengambil dan memotong buluh.

Photobucket
buluh – buluh yang telah dipotong dibawa balik dengan mengunakan perahu.

Photobucket
buluh – buluh telah diangkat naik ke tebing dan disusun di sepanjang untuk memudahkan penduduk menyiapkan kerit.

Photobucket
seterusnya penduduk kampung bergotong royong memasang atau membuat kerit di sepanjang jalan yang akan digunakan oleh rombongan yang akan datang melawat.

Photobucket
kesempatan ini juga diambil untuk mengambil rebung buluh.

Photobucket
penduduk – penduduk bergotong royong menyiapkan kerit.

Photobucket
Ake Mujan, antara orang yang mahir dalam membuat kerit.

Photobucket
kerit yang sudah siap

Photobucket
gambar: Aman Lusa menyiapkan kerit

Photobucket
Gambar: Ake Asang

Photobucket
Kerit yang telah siap dibuat di sepanjang jalan naik menuju ke rumah panjang dan dihiasi dengan bendera negari dan jalur gemilang.

Photobucket
Aman Lusa begitu teliti dalam menyiapkan kerit.

Photobucket
kerit yang telah dibuat dengan nilai seni yang tersendiri, bukan senang sebenarnya menyiapkan kerit kerana ianya memerlukan kemahiran dan pisau yang sesuai dan tajam.

One Response to “Kerit”

  1. MORCK Says:

    man i really love to read article, i from lun bawang tribe in lawas, firstime i read about this blog i really impress, and this firstime i found KEJAMAN tribe in sarawak, keep more post man…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: