Misteri Etnik: Pembinaan keleriang Kejaman simbol penyatuan semua etnik
Oleh Azrul Affandi Sobry

TIDAK banyak tinggalan sejarah untuk mengaitkan mengenai etnik Kejaman, apatah lagi apabila kebanyakan aset berharga mereka dijual oleh pemimpin terdahulu kepada pihak lain dan gagal dikesan generasi sekarang.

Begitu juga keadaan yang berlaku kepada satu-satunya aset sejarah paling bernilai etnik itu, iaitu tiang kayu besar (keleriang) yang menjadi tempat penyimpanan tulang pemimpin terulung mereka, Tului Kebiang kerana sudah dibawa ke Bangunan Tun Abdul Razak di Kuching, Sarawak.

Hanya yang tinggal adalah batu besar, penutup keleriang itu yang masih ada di tapak asal tiang kayu itu di Kuala Sungai Segaham dipercayai tidak boleh diangkut bersama lantaran saiznya besar dan mustahil untuk dibawa keluar.

Namun, apabila diperincikan sejarah pembinaan keleriang itu, nyata ia adalah cerita menarik untuk dikongsi bersama, terutama apabila ia bukan saja dibina oleh masyarakat Kejaman, tetapi turut membabitkan hampir semua etnik dalam masyarakat Kajang.

Bukan sehari dua pembinaannya kerana untuk membawa batu besar setebal dua kaki dari Hilir Sungai Selengau (lebih kurang 30 kilometer dari tapak pembinaan) sudah memakan masa selama hampir tiga tahun dan membabitkan begitu ramai tenaga kerja.

Menurut cerita wakil Tuai Rumah Kejaman Long Segaham, Jackson Kubang Luring, batu sebesar itu terpaksa dipotong dengan kapak dan batu keras sebelum diletak di atas rakit yang dibina khusus sebelum ditarik beramai-ramai melawan arus Sungai Rajang.
“Setiap kali air surut, operasi itu terpaksa ditangguhkan. Golongan wanita bekerjasama menanam tebu dan ubi di sepanjang perjalanan untuk dijadikan makanan pekerja. Memang menyeksakan untuk mengheret batu itu.

“Ada cerita mengatakan, di atas rakit itu diletak tanah dan ditanam pisang. Dalam perjalanan menuju ke Sungai Segaham, beberapa kali pisang berbuah menunjukkan begitu lama masa diambil untuk sampai ke destinasi. Itulah sebabnya ada yang mengatakan tempohnya hampir tiga tahun,” ceritanya dengan riak muka sedikit berkerut.

Belumpun selesai seksaan mengheret batu itu, satu lagi beban utama ialah untuk meletakkan batu itu di atas keleriang kerana ia dilihat sangat mustahil, tambahan pula dengan tiadanya teknologi seperti sekarang. Dengan bantuan kaum Turi dari Kalimantan, satu kaedah menggunakan tuil pokok kayu dicipta dan berjaya meletakkan batu itu di tempatnya sebagai penutup keleriang.

Lebih menarik, difahamkan seorang hamba perempuan Tului dijadikan korban dan ditanam di bawah keleriang. Tulang mayat Tului, anaknya dan ibu mentuanya turut disimpan dalam tempayan sebelum dimasukkan ke dalam lubang keleriang.
Jackson berkata, pada hari batu besar itu diletakkan di atas keleriang, seluruh kawasan itu bergegar dan boleh dirasa di sesetengah kawasan di Indonesia.

Kini, tidak banyak keleriang yang boleh ditemui kerana kebanyakan kaum Kejaman lebih selesa mendirikan Salong atau kubur berbumbung biasa yang lebih rendah kosnya. Salong yang menyimpan tulang mayat Sebuang juga masih kukuh di lokasi asalnya, di Rumah Panjang Kejaman Long Segaham.

Photobucket
Gambar by Anak Datah Nian

2 Responses to “Misteri Etnik: Pembinaan keliring Kejaman simbol penyatuan semua etnik”


  1. keliring adalah satu simbol kemasyuran masyarakat kita pada zaman dahulu, terutama sekali dari segi pembinaan dan keunikan ukirannya. diharapkan saudara saudari kejaman yang mengetahui cerita dan sejarah keliring ini dapat menceritakan lagi sejarah keliring ini, agar yang tidak ditelan arus kemodenan. adalah tanggungjawab kita bersama untuk sama2 mempertahankan khazanah bangsa agar ianya dapat menjadi tatapan anak cucu kita kelak…

  2. NURAINI Says:

    NAMA saya Nuraini, sayang ingin membuat kajian tentang etnik minoriti etnik kejama, bolehkah saya tahu adat perkahwinan, pantang larang dan budaya etnik kejaman dengan lebih terperinci .. terima kasih


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: