Peralatan Muzik Tradisional Kejaman

Kaum kejaman juga tidak ketinggalan dalam permainan muzik tradisional, seperti suku kaum lain di Sarawak. Kaum kejaman juga mempunyai beberapa alat muzik yang ada persamaan dengan kaum lain di kepulauan Borneo. antara alat muzik tradisional masyarakat kejaman adalah seperti yang saya gambar yang tunjukkan di bawah. sebenarnya banyak lagi peralatan Muzik kaum kejaman yang tak dapat saya sertai di sini kerana kesukaran untuk mendapat maklumat dan orang yang mahir dalam muzik ini telah ramai yang telah meninggal. ini adalah antara koleksi gambar yang telah saya ambil sepanjang saya bercuti di rumah panjang saya. saya harap gambar – gambar ini dapat membantu saudara – saudari pembaca dalam mencari maklumat samaada untuk kajian atau menambahkan pengetahuan kita semua. Peralatan Muzik yang saya maksudkan adalah seperti di bawah ini.

TO’UNG

To’ung adalah sejenis alat muzik tradisional yang masih dimainkan dikalangan masyarakat kejaman, terutama dikalangan kaum perempuan, ada juga lelaki yang boleh memainkan To’ung seperti Ake Mujan atau nama sebenar Sedin. Biasanya pada zaman dahulu, To’ung dimainkan semasa majlis keramaian dan majlis – majlis lain. pada masa sekarang alat ini biasanya hanya di mainkan untuk pertunjukkan kepada tetamu atau untuk menyambut tetamu/pelancong atau orang kenamaan. apa yang menyedihkan sekali tidak ada golongan muda yang pandai memainkan alatan ini. semoga suatu hari nanti lahir kesedaran dan minat untuk golongan muda khasnya golongan muda kaum kejaman untuk mempelajari permainan alat muzik tradisional To’ung ini.


Photobucket

Gambar di atas menunjukkan seorang perempuan kejaman sedang memainkan To’ung.

Photobucket

gambar menunjukkan bekas atau tempat menyimpan Toung, dengan tujuan supaya ia sentiasa terjaga dan sentiasa dalam keadaan yang bersih.

Photobucket

Gambar di atas menunjukkan bentuk Peralatan Muzik “To’ung”


Photobucket

Ake Linet salah seorang pemain To’ung di Rh Kejaman Long Segaham.


SELINGUT

Selingut adalah sejenis alat yang menyerupai seruling, ianya diperbuat daripada buluh. selingut kejaman memiliki lima buah lubang. iaitu terdapat empat lubang di bahagian atas dan satu lubang di bahagian bawah. apa yang unik adalah cara memainkan Selingut iaitu dengan meniup mengunakan hidung.

Photobucket

Ake Mujan atau nama sebanar Sedin sedang meniup seruling sambil diperhatikan seorang penduduk rumah panjang.


Photobucket

Ake Mujan menunjukkan kemahirannya meniup selingut


Photobucket

Ake Linet antara orang yang serba boleh dalam permainan alat muzik tradisioanal, dia mahir dalam permainan muzik seperti Selingut, To’ung dan Sato’ung.


KEDURI (Menyerupai Sampoton)

Keduri adalah sebuah alat muzik masyarakat Kejaman yang terkenal suatu ketika dahulu. Suatu ketika dahulu  pemain muzik Kaduri dari rumah kejaman di minta untuk membuat persembahan di beberapa tempat tertentu seperti di Kuching dan beberapa tempat lagi. sekarang ini pemain muzik keduri di kejaman sudah tiada yang mahir dan tiada yang mahir dalam mencipta / membuat Keduri. setahu saya hanya ake mujan seorang sahaja yang boleh bermain peralatan muzik Keduri ini, tapi sayang dia tidak pandai mencipta Keduri. Alat Muzik Kaduri ini diperbuat daripada buluh dan buah labu yang telah kering. buluh dan buah labu ini ditampal dengan sejenis gam yang dihasilkan dari madu serangga (Lebah). hanya orang yang mahir bermain Kaduri sahaja biasanya boleh mencipta Keduri ini. Pemain Kaduri yang terkenal di rumah kejaman suatu ketika dahulu adalah Budau Laing (dipanggil dengan nama Ake Bit) dan dia sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. dia selalu dibawa atau dipanggil untuk membuat persembahan terutama sekali persembahan kebudayaan.

Photobucket

Gambar di atas menunjukkan Alat Muzik Kaduri peninggalan Ake Bit, Sehingga sekarang alat muzik Kaduri ini disimpan dan dijaga dengan baik oleh anak – anaknya.


Photobucket

Robert Green menunjukkan cara bermain Kaduri dan dia merupakan anak kepada Ake Bit


Photobucket

Gambar menunjukkan bahagian pada badan Kaduri yang di sambung atau ditampal dengan madu lebah.


Photobucket

antara bahagian atau hiasan yang terdapat pada alat muzik Kaduri.


Photobucket

Robert Green menunjukkan Kaduri peninggalan mendiang bapanya. alat ini disimpan dengan baik untuk tatapan generasi Kejaman akan datang.


Photobucket

Gambar menunjukkan Budau Laing (Ake Bit) sedang meniup Keduri.


Photobucket

Gambar kenangan ketika beliau membuat persembahan di Kuching.


SAPE

Photobucket

Gambar Sape lama yang disimpan oleh Green, Sape ini diwarisi dari mendiang bapanya.


Photobucket

Hiasan pada sape Lama


Photobucket

Koleksi Sape


KU’ANG

Ku’ang adalah sejenis alat muzik tradisional orang kejaman, ada beberapa kegunaan alat ini, antaranya adalah untuk bergendang atau dimainkan untuk memaklumkan tentang sesuatu perkara yang akan diadakan, sama ada perkara itu baik atau buruk. Suatu ketika dulu orang Kejaman biasanya memainkan alat ini ketika musim menanam padi, semasa menebas, menebang, membakar, menugal dan menuai. di masa lapang mereka memainkan alatan ini ramai – ramai. menurut salah seorang penduduk rumah panjang Ku’ang juga dimainkan dengan rentak yang tersendiri. sekarang ini ianya hanya dibunyikan untuk memanggil penduduk kampung bermesyuarat, untuk gotong royong atau dibunyikan untuk menanda waktu sembahyang sudah tiba atau hampir.

Photobucket

Sekarang ini ianya hanya dibunyikan untuk panggil penduduk bermesyuarat, gotong royong dan sembahyang


Photobucket

Sejenis Ku’ang yang diperbuat daripada buluh. sebenarnya kaum Kejaman juga mempunyai banyak Koleksi alat Muzik yang diperbuat daripada buluh. tetapi sudah jarang dijumpai atau tidak diamalkan masa ini. semuanya menjadi tanya tanya, kenapa ianya tidak diteruskan?????


TAWAK & GA’AN (Gong Perbagai saiz)

Photobucket

Biasanya dimainkan ketika majlis perkahwinan dan menyambut tetamu yang bertandang ke rumah panjang. alat – alat ini juga dimainkan ketika menghantar mayat ke kubur.

One Response to “Muzik Tradisional Masyarakat Kejaman”

  1. livariez89 Says:

    hantar ke kbur??


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: