Gambar – gambar dibawah ini saya ambil di Rumah Kejaman Long Segaham Belaga, Ini antara hiasan bilik  yang terdapat di rumah panjang kami. memandangkan masa cuti yang singkat saya hanya sempat mengambil gambar dibeberapa buah bilik sahaja. Sebenarnya banyak lagi keunikan hiasan yang belum sempat saya ambil ketika itu.

Photobucket

gambar diatas adalah hiasan atau peralatan dari logam tembaga, biasanya peralatan atau barang – barang seperti ini digunakan untuk menyimpan rokok tembakau dan juga untuk menyimpan bekalan sireh.

Photobucket

kalau kita lihat gambar diatas terdapat bermacam – macam jenis barang – barang yang diperbuat daripada logam tembaga. ia antara koleksi barang – barang yang sempat saya gambar untuk dipersembahkan disini.

Photobucket

gambar diatas pula adalah gambar perbagai jenis gong dan ‘tawak’. biasanya orang Kejaman suka menyimpan barang – barang seperti ini. pada suatu ketika dahulu orang Kejaman yang banyak memiliki barang – barang seperti ini dianggap berharta dan kaya.

Photobucket

kalau kita tengok gambar diatas adalah gambar pasu bunga, ia adalah hasil gabungan gaya seni modern dan tradisional, bunga yang dihiasi dengan kraftangan manik, gambar ini saya ambil di rumah En. Jani dan isterinya di Belaga.

Photobucket

perbagai hiasan yang diperbuat daripada manik, daun ‘cang’ dan kayu. hiasan – hiasan seperti ini biasanya ditemui di dinding – dinding di Rh Panjang Kejaman Long Segaham Belaga.

Photobucket

barang – barang logam tembaga yang mempunyai saiz yang berbeza disusun sedemikian rupa untuk membentuk satu hiasan yang menarik.

Photobucket

Gambar dibahagian ruang tamu.

Photobucket

hiasan di sudut rumah, hiasan kraftangan diatas diletak di atas rak almari.

Photobucket

antara gambar yang menunjukkan pakaian tradisional orang ulu. mengikut gaya dan bentuk yang tersendiri.

Photobucket

gambar di atas adalah manik yang disusun indah coraknya mengikuti ukiran tradisional orang ulu, hiasan ini diletakkan diatas meja atau alas meja.

Photobucket

kalau kita lihat gambar diatas, ruangan tamu bilik dipenuhi oleh hiasan – hiasan bercorak tradisional, bahagian dinding, tiang rumah,  hiasan meja dan almari serta ruangan rumah ini di penuhi oleh hiasan dan kraftangan gaya tradisional.

Photobucket

suasana rumah seperti ini akan dapat memberi gambaran  bahawa orang kita masih lagi gigih memperjuangankan identiti bangsa kita, kesedaran seperti ini sebenarnya dapat mempertahankan khazanah – khazanah bangsa yang semakin dilupai oleh sesetengah golongan muda masa kita. dengan melihat rekacipta dan kraftangan seperti ini dapat menarik dan melahirkan minat golongan muda untuk pertahankan identiti bangsa masing – masing.

Photobucket

dalam mempertahankan identiti bangsa kita sendiri kita juga tidak seharusnya lupa kepada pencipta kita, kerana dia kita berada disini, entah esok dan lusa akan kembali kepadanya. keagungan dan kebesaran tuhan membolahkan kita melihat hasil ciptaan yang seindah ini. Jangan Lupa akan Pencipta.

9 Responses to “Hiasan Bilik Rumah Panjang”

  1. lirong Says:

    cai puun gaben inan yau????

  2. lesly tirih Says:

    levau nau ajuk abah nai? kat belaga ke? cantik lah… u-cle aging, akek igu kirim salam… llllllllleeeeeeeessssssss… lesly da lady gaga..

  3. Inan Are Says:

    Akau alan gaben levau lama tah….tahun 1990

  4. solo Says:

    cu’uk bunak badik gaban levau betau tah…bru nmpk entik lg.lbh2 bl ada dinding luar rumah ada ukiran

  5. dom Says:

    selamat berkenalan di ruangan ini. saya berbangsa iban. oleh tu saya minta kebenaran untuk gunakan bahasa melayu pasal saya tak tau berbahasa kejaman. saya suka kraftangan di atas,cantik.,


  6. […] Hiasan Bilik Rumah Panjang April 2009 5 comments 3 […]

  7. Phillip Says:

    Selamat tahun baru kepada semua anak-cucu!

    Phillip Thomas

  8. yantie@jeba Says:

    cantik hiasan juow nan..bleh meik ptndingan jouw trcntik dak..kira pling bunak hiasan..hehe..akaw cadang maeiw


Leave a comment