image

image

image

Kejayaan hari ini…. datang dari usaha yang berterusan hari semalam… Semoga ianya menjadi batu loncatan untuk mencapai impiam pada hari2.. Minggu2.. Bulan2.. Dan tahun2 yang mendatang….

Adakah impian itu seindah yang dibayangkan? Aku sendiri tak pasti.. ???? Tinggal Tanda Soal? 😉

Selamat Hari Ibu

May 7, 2011

Selamat Hari Ibu kepada ibu – ibu semua… terima kasih kerana tidak pernah mengenal erti putus asa sepanjang membesarkan anak – anakmu dan mengajar kami erti semua kehidupan.. selamat jau inah/inam/inak makan ivuh derah kejaman…

2010 in review

January 2, 2011

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.

Crunchy numbers

Featured image

A helper monkey made this abstract painting, inspired by your stats.

A Boeing 747-400 passenger jet can hold 416 passengers. This blog was viewed about 9,200 times in 2010. That’s about 22 full 747s.

 

In 2010, there was 1 new post, growing the total archive of this blog to 21 posts.

The busiest day of the year was December 10th with 630 views. The most popular post that day was KEJAMAN ATAU KAJANG.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were jombangan.com, facebook.com, google.com.my, obama-scandal-exposed.co.cc, and forum.engkabang.net.

Some visitors came searching, mostly for kejaman, suku kaum kejaman, tarian ngajat, gambar hiasan ruang tamu, and kaum kejaman.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

KEJAMAN ATAU KAJANG November 2007
6 comments

2

Hiasan Bilik Rumah Panjang April 2009
5 comments

3

Kejaman Page May 2006
62 comments

4

Misteri Etnik Kejaman (Berita Harian) 1 January 2010
1 comment

5

Tarian Ngajat November 2007
3 comments

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Meniti Perjalanan

April 22, 2009

Photobucket

aktiviti harian seperti pergi memburu binatang dihutan sering menjadi pilihan golongan muda dan golongan umur pertengahan untuk mengisi masa lapang dan menjadi kerja harian mereka di rumah panjang.

Photobucket

lebih – lebih lagi sekiranya mereka mendapat hasil tangkapan, hasil tangkapan ini akan dijual kepada penduduk kampung atau akan dijual di kem balak serta dijual di Pekan Belaga. Ianya adalah antara sumber rezeki penduduk disini.

Photobucket

gambar ini diambil semasa musim mencabut rumput atau ‘mavau’ dalam bahasa kejaman. biasanya penduduk rumah panjang akan bergotong royong ketika ini.

Photobucket

kepuasan terserlah di wajah bila mendapat hasil tangkapan yang besar. hasil tangkapan ialah seekor ikan Labang atau “Calara’eng” dalam bahasa Kejaman.

Photobucket

Gambar ini saya ambil ketika kami sedang mengangkut padi dari ladang padi ke tempat kami meletak kereta. perjalanan yang kami lalui mengambil masa hampir 40 minit berjalan kaki untuk sampai ke tempat letak kereta di tepi jalan raya.

Photobucket

saya bangga menjadi orang kejaman, dilahirkan dan hidup dengan cara orang kejaman.

Photobucket

gambar ini saya ambil di tepi sungai rejang, ketika kami hendak berangkat dari rumah panjang Long Segaham ke Long Mejawah untuk pergi menggangkut padi di ladang padi atau Huma.

Photobucket

gambar kenangan ketika pulang bercuti di rumah panjang, selepas menaiki perahu lebih kurang setengah jam, penduduk rumah panjang mengunakan kenderaan pacuan 4 roda untuk bergerak dari Majawah ke tempat menanam padi.

Photobucket

Seandainya ada rezeki, pasti anda akan dapat melihat dan memegang ikan yang besar seperti ini.

Ini antara rentetan perjalanan yang sempat saya tunjukkan disini, jika ada kesempatan berjumpa lagi kita di lain hari. sekian terima kasih.

PEJUANG 00:04 2212O8

January 23, 2009

MEREKA SERING BERTANYA….. SIAPAKAH GERANGAN PEJUANG ITU…..

MERAKA TIDAK MENGENALINYA? …… DIA ADALAH PEJUANG……

BERJUANG DEMI DIRI SENDIRI………………… SEDAR TAK SEDAR….

PEJUANG ITU MEMPERTARUHKAN MASA…..

MEMPERTAHANKAN HAK DAN IDENTITINYA….

HAK YANG KIAN HILANG…… HAK YANG SEMAKIN DILUPAI OLEH DIRI SENDIRI……

MASA YANG BERLALU….. MERAGUT IDENTITI PEJUANG ITU…….

NAMUN PEJUANG ITU TIDAK PERNAH GENTAR……..

KERANA PEJUANG ITU TAHU DAN YAKIN……

SAMPAI MASA….. AKAN MENENTUKAN SEGALANYA……

KERANA PEJUANG ITU INGIN MEMBUKA …..

MATA YANG SELAMA INI TERTUTUP RAPAT…..

DALAM MENITI HARI- HARI….. WALAUPUN TAK SELALU….

TETAPI PEJUANG ITU MAHU DIRINYA…..

BELAJAR MACAM MANA UNTUK MELIHAT….

MELIHAT TERIK MENTARI….. MELIHAT KEPEKATAN MALAM……….

MELIHAT LEBAT DAN RENYAI HUJAN……..

SEHARUSNYA MEREKA BELAJAR DARI PEJUANG ITU…….

BELAJAR DARI APA YANG MEREKA LIHAT….

DAN….. PANDANG…..

MEREKA TAK MENGENALI PEJUANG ITU……

KERANA…..

PEJUANG ITU SENDIRI……

SEMEMANGNYA TAK MAHU DIKENALI……..

THERE’S SOMETHING

January 23, 2009

Sukar untuk percaya apabila sesuatu yang tidak kita ingini muncul di depan mata begitu juga sebaliknya. Sekalipun apa yang dihajati berada di depan mata, namun masih ada halangan untuk mencapainya. Hanya orang yang tabah dan sabar sahaja yang mampu menggapai bintang di langit. Kejayaan di depan mata tidak akan tergapai dek tangan andai kita terleka dan terlalai seketika. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang berterusan. Jangan takut menongkah arus cemuhan dan cabaran andai di hati tersimpan satu matlamat untuk berjaya.

Setiap manusia berhak untuk mengecap nikmat kejayaan kerana setiap kita mempunyai keinginan yang sama. Yang menentukan sama ada kita mampu menggapainya atau tidak bergantung kepada niat, sikap dan usaha kita. Sekalipun banyak rintangan menghadang jangan sesekali berputus asa kerana ramai yang akan menyokong. Pandanglah sekeliling dan renunglah ke dasar anak mata mereka yang ihklas membantu anda. Anda pasti akan menemui sinar keikhlasan mereka dan capailah tangan mereka kerana merekalah yang menyokong anda untuk sampai ke puncak. Jangan lupa pada mereka yang telah bersusah keranamu kerana mereka dirimu berjaya menggenggam sebuah cita-cita dan impian mu menjadi kenyataan.

Ramai di antara kita yang tidak menyedari kehadiran mereka yang dapat memberikan manfaat kepada kita. Mungkin merekalah yang akan membantu kita untuk mencapai matlamat kita atau orang yang akan menyokong kita. Namun seringkali kehadiran mereka kita abaikan kerana kita menganggap kehadiran mereka mengganggu ketenangan kita. Kita menganggap remeh tentang pandangan kita tanpa kita sedari itulah sebenarnya jawapan atau cara yang dapat membantu anda mengenal potensi diri. Hanya disebabkan idea serta pandangan mereka berbeza dengan prinsip kehidupan yang anda pegang selama ini.

Anda menentang kerana anda beranggapan bahawa mereka tidak memahami kerana mereka mengalami apa yang anda lalui. Anda terlupa bahawa anda yang tidak memberi peluang kepada orang lain untuk mengenali diri anda. Anda tidak membuka diri anda untuk diselami. Anda menganggap sekiranya anda berterus- terang orang lain akan memandang rendah serta tidak menghormati anda. Sekiranya anda membuat tanggapan awal seperti itu, maka itulah yang akan berlaku dalam perhubungan anda. Tindakan yang anda buat akibat daripada itu, anda pergi kepada orang yang mempunyai pandangan seperti anda iaitu kuasa negatif bertemu kuasa negatif akan menyebabkan kuasa negatif itu berkembang. Mereka bukan sahaja tidak membantu anda malah menjerumuskan lagi anda kepada perasaan syak wasangka dan menganggap diri anda sahaja yang betul.

WRITTEN BY:

NICAID-ADIA

MY TRULY BEST FRIEND

January 23, 2009

Tiada yang lebih indah daripada pengalaman, kerana pengalaman aku mampu bertahan dan kerana pengalaman aku mampu meniti cabaran, dialah sahabat ku yang terbaik. Kadangkala menyakitkan, mengecewakan, menggembirakan, mengagumkan namun pengalaman tetap pengalaman. Sahabat terbaik ku di antara sahabat. Setiap hari dia bersama ku mengiringiku tanpa mengira waktu dan tanpa ku sedari. Di saat aku menyedari kewujudannya dia sudahpun berlalu sambil tersenyum meninggalkan aku dan berjanji akan datang lagi. Katanya “seorang sahabat takkan pernah pergi meninggalkan sahabatnya kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain dan saling melengkapi”…Begitu indah ia berjanji dan begitu indah juga dia menepati janjinya…

Namun kadangkala aku melupakannya namun temannya kenangan akan mengingatkan aku bahawa dia sering hadir dalam hidup ku…Dan alangkah indah jika dapat diterjemahkan dalam bahasa persahabatan manusia supaya kita saling menghargai sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita. Aku pasti tidak akan ada yang pernah terluka dan makan hati lalu terputus ikatan persahabatan hanya kerana tidak ada sifat tolak ansur…Akhirnya ada yang menangis, mengeluh dan tidak kurang juga yang membenci. Sedihnya hati apabila perhubungan yang terbina sekian lama terputus begitu sahaja hanya kerana sifat mementingkan diri.

Kerana sikap itu kita akhirnya kehilangan seseorang hanya kerana kita tidak mahu mengalah dan mendengar nasihat orang lain. Kita sering menganggap diri kita hebat dan tidak memerlukan orang lain untuk memperbaiki diri. Namun sedarkah kita kerana sikap kita juga , kita menyebabkan seseorang itu menangis, marah dan kecewa. Mereka menganggap dirinya sudah tidak diperlukan lagi. Akhirnya dia pergi dengan hati yang kecewa dan hampa. Sekali hatinya dilukai lantas dia berlalu pergi dan takkan berpaling lagi. Sekali terluka dan lukanya amat dalam di hatinya sukar untuk menyatakan maaf kerana sikap kita. Dan kehilangannya pasti akan meninggalkan kesan di hati kita.

Berulang kali kita kehilangan apa yang dimiliki hanya kerana sikap yang mementingkan diri. Dan banyak kali juga anda melukakan hati seseorang. Tidakkah anda kasihan kepada diri anda kerana selalu kehilangan sedangkan ianya sudah pun berada di dalam genggaman anda. Mungkin bagi sesetengah orang itu adalah perkara biasa. Namun jika difikirkan semula semuanya berpunca dari sikap ego kita sendiri. Kita malu untuk mengaku bahawa kesilapan itu berpunca dari kita.

Kita malu andai mengalah kerana ini melambangkan kekalahan. Tunduk bukan bererti mengalah. Sebaliknya inilah masanya untuk kita menilai semula diri kita. Muhasabah sebentar dan berfikir langkah seterusnya yang perlu diambil. Inilah masa untuk kita merenung semula ke dasar hati kita tentang sesuatu yang telah kita lakukan dan kita tidak lakukan. Pada ketika inilah kita mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki keadaan. Bukannya menuding jari kepada orang lain dan bermegah dengan diri kita.

Setiap kita mempunyai pandangan serta penyelesaian yang tersendiri. Pendekatan yang kita gunakan berbeza dengan pendekatan orang lain, sekalipun orang yang paling rapat dengan kita. Ini kerana cara kita berfikir dan melihat sesuatu perkara dari sudut pemikiran yang berbeza. Dan ini sudah tentu melahirkan pendapat yang berbeza. Melalui cara yang berbeza membantu kita mencapai matlamat dan keputusan.

Jika kita mahu orang lain menghormati kita dan menerima kita seadanya, kita sendiri yang harus memulakannya. Setiap yang kita lakukan haruslah bermula dari kita sendiri. Sebelum membetulkan kesalahan orang lain pastikan diri kita sendiri sudah stabil. Bukannya seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul. Sentiasa beranggapan bahawa diri kita adalah role model. Namun bukanlah bererti bahawa anda kelihatan baik dan sempurna sepanjang masa kerana ada masanya kita juga manusia biasa. Cuma biarlah kata-kata kita selari dengan perbuatan kita.

WRITTEN BY:

NICAID-ADIA

Akau Caya’ang Bak Segam ( saya sayang long segaham)

lahirnya aku di “levuk kejaman bak segam” .. membesar di sana… zaman kanak-kanak adalah zaman terindah yang tak akan mungkin ku dapat dimana mana… hanya disini… bangga menjadi warga bak segam… walaupun jauh di pedalaman… namun keinginan untuk kembali ke sana tetap mengunung tinggi….  masih teringat lagi deru angin di bak segam… kocaknya air sungai rejang dilalui oleh bot-bot dan perahu panjang…. kicauan burung selang seli dengan bunyi kokokan ayam… indah sekali…  seindah kenangan yang telah ku kutip disini….

levuk baau

inilah rumah panjang baru, tapi belum siap sepenuhnya.

pdgn dari air

rumah panjang kejaman long segaham, pandangan dari sungai rejang

Photobucket

kem teleng, sumber rezeki penduduk kawasan ini.

jj

Kenangan semasa regatta belaga 2007, para peserta menurunkan perahu ke sungai

regatta

bersiap sedia untuk bertanding….

yy

gambar di na mejawah..

Photobucket

Aman Sam sempat lagi ya bergambar?.. lokasi mejawah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hai… berposing nampak..

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Eik!!! apa benda tu?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kanak-Kanak ini bergambar berlatar belakangkan dinding rumah panjang yang baru.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Serius na juak yang duduk di depan sekali tu… Ko org buat apa tu?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Atuk ku bergambar ngan Makcik ku…..